:
Wakaf Al-Quran
Share:

---Setiap tahun, Yayasan ADDIN akan berusaha untuk menyediakan lebih kurang 1500 naskhah Al-Quran bagi kegunaan hafazan para pelajar baharu MTQ ADDIN. Ini bertujuan untuk memastikan Al-Quran yang digunakan adalah selaras di seluruh di seluruh maahad kelolaan Yayasan ADDIN. Selain itu, pelbagai pihak seperti Rumah Ngaji Perak, Jabatan Mufti Perak, Jabatan Audit Perak, masjid dan surau baru, serta NGO-NGO turut memohon Al-Quran wakaf daripada Yayasan ADDIN bagi menjalankan pelbagai program berkaitan Al-Quran. Ini termasuklah program #QuranHour (World, Malaysia, 'Arafah) yang kini menjadi acara wajib setiap tahun di pelbagai peringkat, institusi dan jabatan.

---Walau bagaimanapun, kos keseluruhan untuk penyediaan Al-Quran secara percuma ini tidaklah murah. Dengan harga pasaran sebanyak RM40.00 bagi senaskhah Al-Quran saiz A5 berserta terjemahan (Al-Haramain cetakan Karya Bestari), dianggarkan Yayasan ADDIN memerlukan sebanyak RM60,000.00 setahun untuk hasrat ini.

---Oleh itu, Yayasan ADDIN melalui syarikatnya ADDIN Global Enterprise ingin mempelawa para dermawan agar sudi membantu hasrat murni ini, dengan menyumbang seberapa sahaja nilai wang yang termampu. Marilah kita bersama-sama berbelanja untuk saham akhirat, sebagai pemberat timbangan amalan kita di sana kelak. InsyaAllah.

 

Klik butang ini

atau wakaf terus ke akaun Maybank:

ADDIN Global Enterprise

5582 8431 0481

 

Jom berwakaf!