:
TABUNG PENDIDIKAN
Share:


Pendahuluan

Kesedaran umat slam terhadap kepentingandan kelebihan menghafaz al quran telah mendorong ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke institusi tahfiz sama ada dibawah kelolaan Kerajaan Pusat, Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, NGO atau institusi tahfiz persendirian.

Mahu tidak mahu semua pihak perlu mengakui kedudukan sekolah tahfiz baik dalam arus perdana atau di luar arus perdana adalah satu keperluan dan sewajarnya inisiatif penubuhan dilihat sebagai melengkapi sistem pendidikan negara.

Peranan Yayasan ADDIN

Sebagai sebuah pusat pendidikan yang sudah lama berkembang, Yayasan ADDIN telah memainkan peranannya yang cukup besar dalam bidang pendidikan selain daripada memelihara kalam Allah swt, antaranya :

1. Pusat Interaksi
Berbicara berkaitan MTQ ADDIN maka kita pasti berbicara berkaitan sekolah sebagai tempat untuk melaksanakan proses interaksi belajar mengajar yang mempunyai beberapa fungsi sebagai fungsi sosial antaranya :

1.1 Proses penyampaian maklumat, pertukaran maklumat, perhubungan sesama pelajar dan sebagainya.
1.2 Peluang belajar bagi pelajar lemah akademi
1.3 Peluang belajar bagi pelajar yang keciciran.

2. Pusat Transformasi

Menyediakan biah ( suasana) yang berperanan tiga fungsi yaitu :

2.1 Sederhanakan dan tertibkan faktor-faktor bawaan yang diperlukan untuk berkembang.
2.2 Memurnikan dan mengidealkan kebiasaan masyarakat yang ada.
2.3 Melahirkan suatu persekitaran yang menggalakkan kehidupan yang bertunjangkan tuntutan al Quran dan sunnah rasul.

3. Menyediakan Tenaga Mahir

Melalui MTQ ADDIN, Yayasan ADDIN berperanan untuk menyediakan tenaga mahir yang diperlukan masyarakat dalam pelbagai bidang kehidupan antaranya :

3.1 Mengisi kekosongan jawatan Guru J-QAF.
3.2 Mengisi keperluan guru Tadika Islam dan Sekolah Agama Rakyat KAFA.
3.3 Mengisi kekosongan imam terlatih.
3.4 Sebagai pusat khidmat masyarakat setempat.
3.5 Tempat rujukan masyarakat.

4. Pusat Pembelajaran Seumur Hidup

Ada sebahagian cawangan MTQ ADDIN yang membuka peluang belajar tanpa syarat.

4.1 Kelas Hujung Minggu
4.2 Kem Musim Cuti
4.3 Kelas Waktu Senggang / Rehat
4.4 Kelas al Quran untuk Dewasa dan Warga Emas

5. Memenuhi Keperluan Masyarakat

Masyarakat kita hari ini sudah berubah mentaliti dan sikap terhadap Madrasah tahfiz. Ramai yang memilih aliran tahfiz sebagai pilihan utama untuk di tempatkan anak anak mereka sehingga pelbagai institusi pendidikan berminat menyediakan aliran tahfiz di sekolah mereka tidak terkecuali Yayasan ADDIN.

6. Menyemai Semangat Patriotik

Selain telah berhasil membina dan mengembangkan kehidupan beragama, juga ikut berperanan dalam menanamkan rasa patriotik ke dalam jiwa masyarakat.

7. Melaksanakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara

MTQ ADDIN sebagai suatu pusat pendidikan juga merupakan tempat untuk menempa dan membentuk karakter dan akhlak anak didik dalam rangka mewujudkan masyarakat seutuhnya sesuai dengan Falsafah Pendidikan Tahfiz Negara.

Semangat Kebersamaan

Bagi memainkan peranan yang lebih komprehensif, sumbangan, sokongan dan dokongan berterusan dari masyarakat sangat-sangat diperlukan terutamanya bagi membiayai kemudahan pendidikan seperti berikut :

1. Pembiayaan yuran pelajar asnaf.

2. Membiayai kos pengurusan kursus peningkatan prestasi guru dan pelajar.

3. Membiayai kos pengurusan dan penyeliaan peperikasan.

4. Membiayai bahan dan alat bantu mengajar.

 

Sehubungan itu, kami menyeru dan merayu tuan/puan penderma budiman untuk terus menyumbang agar kita dapat meletakkan institusi pendidikan tahfiz ini berada pada tempat yang selayaknya.

 

 Klik butang berikut untuk terus ke halaman ....

INFAQPAY TABUNG PEMBANGUNAN MUKA DEPAN WAKAF KENDERAAN
JOM ZAKAT WAKAF AL QURAN TABUNG PENGURUSAN DANA HARTA KEKAL