:
WAKAF PEMBANGUNAN
Share:


MUQADDIMAH


Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 261-262 mahfhumnya:


” Bandingan (perbelanjaan – derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah amat luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuaNya ” - 261


” Orang – orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-membangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi tuhan mereka , dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. " - 262


(Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran 30 juzuk: Terbitan Darul Fikir Cetakan yang ke 15-1998)



2. Tabung WAKAF PEMBANGUNAN ini bertujuan :


A.Membeli dan membina bangunan pelbagai guna kepada MTQ ADDIN cawangan-cawangannya.

B.Membeli dan membiayai kos baikpulih bangunan untuk kegunaan pelajar-pelajar dan guru.

C.Membeli dan menyelenggara bangunan untuk kegunaan pelajar dan program-program MTQ ADDIN dan cawangan-cawangan.

D.Membangunkan tanah-tanah wakaf sebagai pusat pendidikan yang berdaya saing.


3. Oleh demikian kami menyeru Yang Berbahagia Dato/Datin/Tuan/Puan agar menyahut seruan kami ini dengan menyumbangkan sebahagian harta sebagai Sedekah Jariah.


4. Sumbangan hendaklah diatas nama “ TABUNG PEMBANGUNAN MTQ” kemudian hubungilah kami di alamat berikut :


URUSETIA TABUNG WAKAF PEMBANGUNAN,
Yayasan Pendidikan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN,
Kompleks Pendidikan Masjid Al Aulia,
Taman Sin Lok, Jalan Kuala Kansar,
30000 Ipoh Perak Darul Ridzuan.


Tel      : 05-5060223
E-mail : jpmaddin@yahoo.com.my
Web    : maahadtahfizaddin.edu.my


Nama Akaun  : TABUNG PEMBANGUNAN MTQ
No. Akaun      : 08013010028290
Nama Bank    : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)



Sabda Rasulullah s.a.w., mafhumnya:

“ Apabila mati seorang anak adam, terputusnya segala ‘amalannya kecuali tiga (kebaikan) :


1) Sedekah jariahnya (yang ikhlas)

2) Ilmu yang dimanfaatkan

3) Anak yang soleh yang mendoakan (kebaikan) untuknya ”.



PROJEK PEMBANGUNAN YANG SEDANG DIJALANKAN :


1. Projek pembinaan bangunan 2 tingkat di MTQ ADDIN Malim Nawar dengan kos RM1,600,000.00 (RINGGIT MALAYSIA: SATU JUTA ENAM RATUS RIBU SAHAJA). Pautan

2. Projek pembinaan kantin di MTQ ADDIN Tambun dengan kos RM97,000.00 (RINGGIT MALAYSIA: SEMBILAN PULUH TUJUH RIBU SAHAJA). Pautan

3. Menaik taraf dewan makan dan kantin di MTQ ADDIN Air Kuning dengan kos RM280,000.00 (RINGGIT MALAYSIA: DUA RATUS LAPAN PULUH RIBU SAHAJA). Pautan

4. Pembinaan rumah guru,rumah pam dan kerja-kerja saluran air di LTDQ ADDIN Tapah dengan kos RM350,000.00 (RINGGIT MALAYSIA: TIGA RATUS LIMA PULUH RIBU SAHAJA). Pautan

5. Memasang konkrit tapak aktiviti pelbagai di MTQ ADDIN Telaga Nenas dengan kos RM8,000.00 (RINGGIT MALAYSIA:LAPAN RIBU SAHAJA).Pautan

6.  Menaik taraf bangunan surau di MTQ ADDIN Kg Buaia dengan kos RM45,000.00 (RINGGIT MALAYSIA: EMPAT PULUH LIMA RIBU SAHAJA). Pautan

7. Projek pembinaan bangunan asrama, bilik darjah, dewan makan dan rumah guru di MTQ ADDIN Kg Kepayang dengan kos RM2,600,000.00 (RINGGIT MALAYSIA: DUA JUTA ENAM RATUS RIBU SAHAJA).Pautan