MUQADDIMAH
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 & 262 mahfumnya :
261. “Bandingan(perbelanjaan – derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapayang dikehendakinya, dan Allahamat luas (rahmat) kurnianya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”
262. “Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah,kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-membangkit (pemergiaanya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidaklah ada kebinbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.”
(Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran 30 juzuk:
Terbitan Darul FIkir Cetakan yang ke 15-1998)
DANA HARTA KEKAL MTQ
1. MTQ yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak D.R (Rujukan : JAIPk/SMAR/BG.1/97) ditubuhkan dengan tujuan untuk menyediakan peluang bagi melahirkan hafiz-hafiz Al-Quran, membentuk perbadi muslim yang bijaksana mampu menghadapi cabaran semasa dan berkebolehan menyaring nilai-nilai baru yang mencabar, dan menyediakan asas pengajian ke arah menduduki peperiksaan-peperiksaan yang diiktiraf Kerajaan Malaysia/IPT luar negara.
2. Dana Harta Kekal MTQ ini bertujuan :
– membayar harga premium tanah dan lain-lain bayran keatas tanah kurniaan kerajaan.
– membeli tanah-tanah orang awam yang mempunyai nilai ekonomi.
– membeli premis-premis perniagaan.
– membeli kenderaan-kenderaan perniagaan dan memajukannya.
3. Hasil pendapatan di atas harta-harta kekal ini (setelah di tolak kos pengurusan harta berkenaan) adalah untuk membangunkan dan kemajuan MTQ.
4. bagi tujuan mengumpulkan dana ini, dirancangkan penjualan SIJIL DANA HARTA KEKAL MTQ berharga RM100 setiap satu. Setiap sijil yang dibeli merupakan SEDEQAH JARIAH, Insya-Allah berkekalan sebagai amal kebajikan yang dipuji Allah dan diberikan pahala berganda.
5. Dana Harta Kekal MTQ ini diuruskan oleh 3 orang Ahli Jawatankuasa Pengurusan MTQ yang di daftarkan kepada JAIPk menurut Seksyen 11 Enakmen Kawalan Sekolah Sekolah Agama Islam 1996 :
5.1 A.F Dato’Syeikh Mohd Nor B. Mansor Al-Hafiz (Pengerusi)
5.2 Tuan Hj Abdullah B. Mat Hashim (Timbalan Pengerusi)
5.3 Tuan Hj Sofian B. Hj Rejab (Setiausaha)
6. Oleh demikian kami menyeru Yang Berbahagia tuan / puan agar menyahut seruan MTQ ini dengan menyumbangkan senahagian harta sebagai SEDEQAH JARIAH. Bayaran hendaklah diatas nama ‘DANA HARTA KEKAL MTQ’ kemudian hubungilah kami di alamat berikut:
1. URUSETIA DANA HARTA KEKAL MTQ,
JEMAAH PENGURUSAN,
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN (JPM ADDIN)
Kompleks Pendidikan Masjid Al-Aulia’, Taman Sin Lok, Jalan Kuala
Kangsar,
30000 Ipoh PerakTel : 05-5060223 / Hp: 019-5739612
Email : jpmaddin@yahoo.com.my
Web : maahadtahfizaddin.edu.my
2. Nama Akaun : DANA HARTA KEKAL MTQ
No. Akaun : 08-013-01-003119-0
Nama Bank : Bank Islam Malaysia Cawangan Jln Panglima Bukit Gantang, Ipoh
Di atas sumbangan Yang Berbahagia tuan/puan itu didahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan KasthiraSabda Rasulullah s.a.w., mahfumnya :
“Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah segala ‘amalannya kecuali tiga (kebaikan) : sedeqah jariah (yang ikhlas) ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan (kebaikan) untuknya”