:
MTQ ADDIN 10 SG KATI
Share:


PENGENALAN MTQ ADDIN 10 SG KATI

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 10 Sg Kati adalah sebuah cawangan Maahad Tahfiz ADDIN yang bernaung dibawah Yayasan ADDIN dan Persatuan Ulama cawangan Perak.

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 10 adalah sebuah Intitusi Pendidikan Islam swasta dan berasrama penuh yang berasaskan kebajikan dan memilih bidang tahfiz al-Quran sebagai subjek teras disamping mengadakan subjek-subjek pengajian Islam seperti Fiqh, Tauhid, Tafsir, Hadith dan lain-lain lagi. Subjek-subjek akademik asas seperti Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa inggeris turut disediakan pada hujung minggu.

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 10 telah berdaftar dan dikawal oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dibawah seksyen 6(5) Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996 dengan nombor pendaftaran JAIPk/TAHFIZ/IP.152/15.

MTQ ADDIN 10 ini hanya menjalankan pengajaran dan pembelajaran di peringkat Tingkatan 1, 2 dan 3 sahaja dan mengikut perkiraan semester. Di samping itu, MTQ ADDIN 10 mengadakan kelas akademik bagi memudahkan pelajar menduduki peperiksaan SPM nanti.

MTQ ADDIN 10 selaku cawangan menengah rendah Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN (MTQ ADDIN) hanya menerima pelajar untuk 3 tahun pengajian sahaja. MTQ ADDIN 10 telah melahirkan ramai pelajar-pelajar yang berjaya untuk menyambung pelajaran ke cawangan menengah atas MTQ ADDIN yang kemudiannya menyambung pelajaran ke beberapa Universiti tempatan dan luar negara. 

 

Nama Maahad 

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 10

Tarikh Penubuhan Maahad

03 Januari 2012

Nama Pewakaf Tanah / Bangunan

Hamba ALLAH

Sejarah Wakaf Tanah

 

 

 

 

Ditubuhkan pada awal 03 Januari 2012 bersamaan 09 safar 1433 Hijrah di atas sebuah tanah waqaf oleh hamba Allah, beralamat Lot 74 & Lot 87, Jalan Berlian, Kg. Dato Ahmad Said (Sg Kati), 30020 Ipoh Perak Darul Ridzuan. Kedudukan MTQ ADDIN 10 amat strategik kerana berada di tengah kampung dan berdekatan dengan bandar Ipoh dan hanya beberapa minit daripada lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Mempunyai suasana kampung yang nyaman dan segar kerana bangunan kelas terletak di atas bukit.

 

Alamat

 

 

 

 

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 10

No. 74, Jalan Berlian

Kg. Dato’ Ahmad Said

30020 Ipoh

Perak Darul Ridzuan

Tarikh Berdaftar Dengan JAIPk

 -

Nombor Pendaftran Di Bawah JAIPk

 JAIPk/TAHFIZ/IP.152/15

Bilangan Pelajar

 Orang

Pejabat Pentadbiran Dan Bilangan Kakitangan

 Orang Guru

Aktiviti Pelajar

Menghafaz Al-Quran Dan Belajar Ilmu Agama / Akademik

Bilangan Kelas Dan Kapasiti 

 -

Bilangan Asrama Dan Kapasiti 

 -

No Telefon Pejabat

05-5264362

No Telefon Pengetua

018-2234305

Email 

 -

Maklumat Akaun

 

 

Nama Akaun : Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 10

Nama Bank : Bank Islam (BIMB)

No Akaun : 08-013-01008205-6

 

Facebook : Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 10

 

Organisasi Pentadbiran Sekolah                                                                                               

 BIL  JAWATAN

 NAMA

 1  Pengetua 

 

 2  PK Hal Ehwal Murid

 

 3  Penolong Kanan

 

 4  Guru Al-Quran

 

 5  Guru Al-Quran  
 6  Guru Madah  
 7  Tukang Masak  

  

 

Senarai Pengetua Mengikut Tahun

BIL  NAMA

 TAHUN BERKHIDMAT

1  Ustaz Ayatulrob Bin Ahmad Rosti 

 2011

2  Ustaz Megat Firdaus Bin Megat Basri 

 2011-2023

3  Ustaz Mohd Anwar bin Sukandar

 2023 - Kini