:
SEKOLAH RENDAH
Share:


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian alam. Pelajar tahfiz merupakan tunas yang perlu disemai dan dibajai sebaik mungkin demi melahirkan generasi Al-Quran yang mapan dari pelbagai sudut. Mereka datang daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan sosioekonomi, sekaligus memerlukan bimbingan yang komprehensif dan bersepadu dalam mencapai maksud pendidikan.


Menyedari dan menginsafi akan hal ini, maka Yayasan ADDIN berhasrat untuk menubuhkan Sekolah Rendah Tahfiz ADDIN Al-Ittihadiah untuk menyemai al-Quran dan asas agama di lubuk hati mereka serta tidak meninggalkan aliran akademik bagi membentuk peribadi, syakhsiah dan pendidikan yang seimbang bagi melahirkan pelajar yang berjati diri serta lengkap. Semoga usaha kecil ini dapat membantu dalam melahirkan Huffaz yang cemerlang dari sudut rohani dan jasmani.

 

Bagi memantapkan aliran tahfiz di peringkat menengah maka cadangan penubuhan Sekolah Rendah Tahfiz ADDIN Al-Ittihadiah ini perlu disokong sepenuhnya oleh warga Yayasan ADDIN dan PUM Perak serta masyarakat untuk melahirkan ” Khairu Ummah ” di negara Malaysia khususnya bagi negeri Perak yang tercinta. Justeru, pihak Yayasan ADDIN dengan kerjasama PUM Perak merasa bertanggungjawab untuk menubuhkan Sekolah Rendah Tahfiz ADDIN Al-Ittihadiah bagi menyuburkan lagi pembelajaran al-Quran & Agama Islam dalam masa yang sama tidak meninggalkan pembelajaran arus perdana di peringkat rendah bagi menyokong kerajaan untuk melahirkan pemimpin yang baik dan berintigriti.

 

Link Facebook