LATAR BELAKANG
Pada awal Disember 1993, projek Sekolah Agama Rakyat Kg Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak yang terbengkalai mula dimajukan sebagai Maahad Tahfiz hasil perbincangan bersama antara Tuan Haji Abdullah Bin Mat Hasim Penghulu Mukim Kampar ketika itu dengan Dato Syeikh Mohamah Nor Bin Mansor al Hafiz Imam Besar Masjid Negeri Perak. Pengambilan pelajar kumpulan pertama adalah pada tahun 1994 seramai 10 orang pelajar bertempat di MTQ ADDIN Kg Tualang Sekah Malim Nawar, terletak di atas sebidang tanah seluas 9e 2r 15p iaitu tanah wakaf Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak. Dua buah bangunan ( 5 bilik darjah ) yang telah siap dibina oleh Pejabat Daerah Kinta di bawah peruntukan Pembangunan Luar Bandar pada masa itu, telah digunakan sepenuhnya bagi kegunaan pelajar sebagai bilik darjah dan asrama.
Bermula tahun 2000, dengan dasar satu daerah satu tahfiz, Yayasan ADDIN mula membuka peluang kepada masyarakat untuk bersama sama memajukan bidang tahfiz ini dengan mewakafkan tanah mereka untuk dijadikan tapak Maahad Tahfiz seterusnya dapat membuka peluang untuk menerima lebih ramai pelajar dalam satu-satu masa. Berikut adalah senarai cawangan MTQ ADDIN serta tahun penubuhannya.
Alamat cawangan MTQ ADDIN:
Nama : Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN
Alamat : Kampung Tualang Sekah
31700 Malim Nawar
Perak Darul Ridzuan
Tahun penubuhan : 1994 (SPM)
Nama : Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN – 1
Alamat : Kampung Sungai Keli
36400 Hutan Melintang
Perak Darul Ridzuan
Tahun penubuhan : 2000
Nama : Maahad Tahfiz al Quran Wal Qiraat ADDIN – 2
Alamat : No 28 Jalan Siputeh
32800 Parit
Perak Darul Ridzuan
Tahun penubuhan : 2001
Nama : Maahad Tahfiz al Quran Wal Qiraat ADDIN – 3
Alamat : Kampung Ketior Dalam Jalan Manong
33000 Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan
Tahun penubuhan : 2001
Nama : Maahad Tahfiz al Quran Wal Qiraat ADDIN – 4
Alamat : Jalan Karchu
35000 Tapah
Perak Darul Ridzuan
Tahun penubuhan : 2002 ( SPM )
Nama : Maahad Tahfiz al Quran Wal Qiraat ADDIN – 5
Alamat : Jalan Felda Nenering
33100 Pengkalan Hulu
Perak Darul Ridzuan
Tahun penubuhan : 2005 ( Tahfiz Vokasional )
Nama : Maahad Tahfiz al Quran Wal Qiraat ADDIN – 6
Alamat : Batu 17 1/2 Jalan Taiping Kuala Kangsar
33700 Padang Rengas Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan
Tahun penubuhan : 2007 ( SPM )
Nama : Maahad Tahfiz al Quran Wal Qiraat ADDIN – 7
Alamat : Kampung Baru Bukit Genting
31400 Tambun Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Tahun penubuhan : 2008
Nama : Maahad Tahfiz al Quran Wal Qiraat ADDIN – 8
Alamat : Lot 33936 Kampung Baru Tambun
31400 Tambun Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Tahun penubuhan : 2009 ( Pengurusan asal mengambil alih pada tahun 2012 )
Nama : Maahad Tahfiz al Quran Wal Qiraat ADDIN – 9
Alamat : Kampung Chopin Kanan
32800 Parit
Perak Darul Ridzuan
Tahun penubuhan : 2011
Nama : Maahad Tahfiz al Quran Wal Qiraat ADDIN – 10
Alamat : 74 Jalan Berlian Kampung Sungai Kati
30020 Manjoi Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Tahun penubuhan : 2012
Nama : Maahad Tahfiz al Quran Wal Qiraat ADDIN – 11
Alamat : No 9 Bangunan Bulan Bintang Persekutuan Seruan Islam Perak
Jalan Seruan 30250 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Tahun penubuhan : 2012
Nama : Maahad Tahfiz al Quran Wal Qiraat ADDIN – 12
Alamat : Lot 15900 Kampung Changkat Chermin
32400 Ayer Tawar
Perak Darul Ridzuan
Tahun penubuhan : 2014
Nama : Maahad Tahfiz al Quran Wal Qiraat ADDIN – 13
Alamat : Kampung Buaia
33700 Padang Rengas
Perak Darul Ridzuan
Tahun penubuhan : 2014
Nama : Maahad Tahfiz al Quran Wal Qiraat ADDIN – 14
Alamat : Lot 5444, Kampung Kayan Lekir
32030 Sitiawan
Perak Darul Ridzuan
Tahun penubuhan : 2014
Nama : Maahad Tahfiz al Quran Wal Qiraat ADDIN – 15
Alamat : Surau Ehsaniah Kampung Kelan 2
Slim River
Perak Darul Ridzuan
Tahun penubuhan : 2015
Nama : Maahad Tahfiz al Quran Wal Qiraat ADDIN – 16
Alamat : Kampong Batu Satu Jalan Tanjung Tualang
Batu gajah
Perak Darul Ridzuan
Tahun penubuhan : 2015
Nama : Maahad Tahfiz al Quran Wal Qiraat ADDIN – 17
Alamat : Kampong Ulu Dong
Raub
Pahang
Tahun penubuhan : 2016
Pada tahun 2015, Yayasan ADDIN telah diminta untuk memajukan tanah wakaf tapak Rumah Anak Yatim Ummu Zainab di Raub Pahang yang telah lama terbiar sebagai sebuah Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN yang merupakan cawangan pertama di luar Negeri Perak. ( Ditutup pada akhir tahun 2018 )
Nama : Maahad Tahfiz al Quran Wal Qiraat ADDIN – Lokasi Tambahan Darul Quran JAKIM
Alamat : Jalan Karchu
35000 Tapah
Perak Darul Ridzuan
Tahun penubuhan : 2015 ( Program Diploma )
Nama : Maahad Tahfiz al Quran Wal Qiraat ADDIN – 17
Alamat : Lot 7332, Jalan Banir Air Kuning
39120 Kampar
Perak Darul Ridzuan
Tahun penubuhan : 2015
Nama : Maahad Tahfiz al Quran Wal Qiraat ADDIN – 18
Alamat : No. 123, Kampung Anak Kurau
34500 Batu Kurau, Taiping
Perak Darul Ridzuan
Tahun penubuhan : 2018 ( Tahfiz Vokasional )
Nama : Maahad Tahfiz al Quran Wal Qiraat ADDIN – 19
Alamat : Batu 8 Lekir
32020 Sitiawan
Perak Darul Ridzuan
Tahun penubuhan : 2018 ( Tahfiz Vokasional )
Nama : Maahad Tahfiz al Quran Wal Qiraat ADDIN – 20
Alamat : Parit 23 Tanjung Bayan
36400 Hutan Melintang
Perak Darul Ridzuan
Tahun penubuhan : 2018 ( Tahfiz Vokasional )
Nama : Maahad Tahfiz al Quran Wal Qiraat ADDIN – 23
Alamat : Lot 673 Jalan Besar Semenyih
43500 Kampung Baru Semenyih
Selangor Darul Ehsan
Tahun penubuhan : 2019
Nama : Maahad Tahfiz al Quran Wal Qiraat ADDIN – 26
Alamat : Lot 7332, Jalan Banir Air Kuning
39120 Kampar
Perak Darul Ridzuan – Lokasi Sementara Tanjung Keramat
Tahun penubuhan : 2019 ( SPM & STAM)
Nama : Maahad Tahfiz al Quran Wal Qiraat ADDIN - 24
Alamat : Kampung Telaga Nenas,
Ayer Tawar
Perak Darul Ridzuan
Tahun penubuhan : 2022
Peranan Yayasan ADDIN
Sebagai sebuah pusat pendidikan yang sudah lama berkembang, Yayasan ADDIN telah memainkan peranannya yang cukup besar dalam bidang pendidikan selain daripada memelihara kalam Allah swt, antaranya :
1. Pusat Interaksi
Berbicara berkaitan MTQ ADDIN maka kita pasti berbicara berkaitan sekolah sebagai tempat untuk melaksanakan proses interaksi belajar mengajar yang mempunyai beberapa fungsi sebagai fungsi sosial antaranya :
1.1 Proses penyampaian maklumat, pertukaran maklumat, perhubungan sesama pelajar dan sebagainya.
1.2 Peluang belajar bagi pelajar lemah akademi
1.3 Peluang belajar bagi pelajar yang keciciran.
2. Pusat Transformasi
Menyediakan biah ( suasana) yang berperanan tiga fungsi yaitu :
2.1 Sederhanakan dan tertibkan faktor-faktor bawaan yang diperlukan untuk berkembang.
2.2 Memurnikan dan mengidealkan kebiasaan masyarakat yang ada.
2.3 Melahirkan suatu persekitaran yang menggalakkan kehidupan yang bertunjangkan tuntutan al Quran dan sunnah rasul.
3. Menyediakan Tenaga Mahir
Melalui MTQ ADDIN, Yayasan ADDIN berperanan untuk menyediakan tenaga mahir yang diperlukan masyarakat dalam pelbagai bidang kehidupan antaranya :
3.1 Mengisi kekosongan jawatan Guru J-QAF.
3.2 Mengisi keperluan guru Tadika Islam dan Sekolah Agama Rakyat KAFA.
3.3 Mengisi kekosongan imam terlatih.
3.4 Sebagai pusat khidmat masyarakat setempat.
3.5 Tempat rujukan masyarakat.
4. Pusat Pembelajaran Seumur Hidup
Ada sebahagian cawangan MTQ ADDIN yang membuka peluang belajar tanpa syarat.
4.1 Kelas Hujung Minggu
4.2 Kem Musim Cuti
4.3 Kelas Waktu Senggang / Rehat
4.4 Kelas al Quran untuk Dewasa dan Warga Emas
5. Memenuhi Keperluan Masyarakat
Masyarakat kita hari ini sudah berubah mentaliti dan sikap terhadap Madrasah tahfiz. Ramai yang memilih aliran tahfiz sebagai pilihan utama untuk di tempatkan anak anak mereka sehingga pelbagai institusi pendidikan berminat menyediakan aliran tahfiz di sekolah mereka tidak terkecuali Yayasan ADDIN.
6. Memajukan harta waqaf dan infaq
Yayasan ADDIN sememangnya membuka peluang kepada masyarakat untuk berwaqaf sepanjang masa.
6.1 Waqaf bangunan dan peralatan.
6.2 Waqaf hartanah sebagai saraan.
6.3 Infaq harta untuk perbelanjaan pengurusan.
6.4 Infaq idea dan sebagainya.
6.5 Wakaf Kenderaan.
7. Menanamkan Semangat Patriotik
Selain telah berhasil membina dan mengembangkan kehidupan beragama, juga ikut berperanan dalam menanamkan rasa patriotik ke dalam jiwa masyarakat.
8. Melaksanakan Dasar Pendidikan Negara
MTQ ADDIN sebagai suatu pusat pendidikan juga merupakan tempat untuk menempa dan membentuk karakter dan akhlak anak didik dalam rangka mewujudkan masyarakat seutuhnya sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Kurikulum
Kurikulum yang digunakan oleh MTQ ADDIN ialah kurikulum integrasi iaitu gabungan kurikulum agama, akademik dan tahfiz secara serentak. Kurikulum agama disusun khas yang menggunakan kitab turath dalam bentuk moden oleh sebuah badan atau Lujnah yang bertangungjawab merangka, menilai, menyusun dan memastikan kurikulum ini dilaksanakan dengan baik. Lujnah ini juga bertanggungjawab untuk merangka, membina dan menyelaraskan pentaksiran secara berpusat serta memberikan latihan kepada guru-guru berkaitan PdP serta pengurusan bilik darjah yang kondusif.
Diperingkat menengah rendah, kurikulum yang digunakan lebih tertumpu pada pengajaran tahfiz dan agama, manakala mata pelajaran akademik hanya dilaksanakan pada hujung minggu yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.
Bagi peringkat menengah atas pula kurikulum yang digunakan masih menggunakan konsep kurikulum integrasi namun tumpuan lebih diberikan kepada penguasaan mata pelajaran akademik terutama mata pelajaran wajib lulus diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia di samping beberapa penambahan mata pelajaran agama.
Kolaboratif
Pada Disember 2014, Yayasan Pendidikan Maahad Tahfiz al Quran wal Qiraat ADDIN Perak
( Yayasan ADDIN ) mengorak langkah maju kedepan dengan memeterai perjanjian persefahaman dengan Darul Quran JAKIM yang menawarkan tempat kepada pelajar yang berkelayakan dan berminat menghafaz al Quran pada peringkat Diploma Tahfiz Dan Qiraat.
Yayasan ADDIN merupakan satu satunya sekolah agama bukan kerajaan yang membuat kerjasama ini, justeru itu rakyat negeri Perak patut berbangga serta menyokong dan mendukong institusi ini dengan menghantar anak anak belajar lebih tinggi dalam bidang tahfiz ini. Yayasan ADDIN membuka peluang kepada semua rakyat Malaysia yang berkelayakan berbanding MTQN yang hanya menawarkan kepada anak negeri itu sahaja. Justeru besarlah peluang untuk mereka yang berminat dalam bidang tahfiz untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Yayasan ADDIN telah bersedia untuk bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan bagi melaksanakan agenda Pendidikan Islam Sepanjang Hayat ( PISH ) yang dipengerusikan oleh EXCO Agama Perak iaitu menggabungkan bidang tahfiz dan kemahiran dalam satu masa pengajian yang tersusun modul dan sukatan pelajarannya yang kita namakan sebagai Tahfiz Vokasional.
PENUTUP
Yayasan ADDIN dalam pelbagai peringkat telah berusaha memainkan peranannya membangunkan masyarakat melalui pelbagai aktiviti. Semua ini dilakukan semata mata mencari keredhaan Allah serta rasa tanggungjawab terhadap masyarakat setempat.
Sehingga kini, Yayasan ADDIN telah mengalami evolusi dan perkembangannya yang tersendiri. Daripada sebuah Maahad Tahfiz yang berorientasikan pendidikan al Quran dan agama kepada Maahad Tahfiz al Quran integrasi dengan akademik dan kemahiran. Perkembangan ini membawa kepada perubahan dan penambahbaikan hala tuju MTQ ADDIN serta individu yang mendukung sistem ini. Para guru tahfiz terutamanya perlu memahami hala tuju Institusi dan pelajar tahfiz masa kini agar hasrat untuk memperkasakan Institusi Tahfiz dapat dilaksanakan.