:
Share:


IPOH, 21 Mei 2026 – Yayasan ADDIN bersama pihak Darul Quran JAKIM telah mengadakan lawatan tapak bagi penilaian dan perancangan Pusat Pembelajaran Bertauliah Sijil Perakuan Hafazan Bertahap melibatkan dua institusi tahfiz iaitu MTQ ADDIN 07 Tambun dan Tahfiz Al-Ansori Chemor.

Lawatan bermula pada jam 10.00 pagi di MTQ ADDIN 07 Tambun sebelum diteruskan ke Tahfiz Al-Ansori Chemor pada jam 3.00 petang. Program ini bertujuan meninjau kemudahan, pengurusan serta kesiapsiagaan institusi dalam memenuhi keperluan sebagai pusat pembelajaran bertauliah bagi program hafazan bertahap.

Turut hadir mewakili Yayasan ADDIN ialah Ustaz Mohamad Taufiq Bin Shamsumiah selaku Ketua Pegawai Operasi Bahagian Pendidikan Yayasan ADDIN bersama Ustaz Megat Firdaus Bin Megat Basri, Timbalan Ketua Pegawai Operasi Bahagian Pendidikan Yayasan ADDIN.

Pihak tahfiz pula diwakili oleh Ustaz Muhammad Asnawi Fakhrur Razi Bin Mustaffa, Pengetua MTQ ADDIN 07 serta Ustaz Mohd Nurullah Bin Abu Bakar, Pengerusi Tahfiz Al-Ansori.

Manakala delegasi Darul Quran JAKIM terdiri daripada Ustaz Muhammad Bilal bin Abu Hasan dan Ustaz Hakim.

Semoga lawatan ini menjadi langkah penting dalam memperkukuh sistem pendidikan tahfiz serta melahirkan lebih ramai huffaz yang berkualiti dan berdaya saing selaras dengan aspirasi pembangunan pendidikan Islam negara.

 

BKPYA

DR004