
Yayasan ADDIN merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ustazah Ummi Zaharah binti Mohamad Abidin, Guru Al-Quran MAIPk merangkap tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN 10, atas pemilihan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MAIPk bagi tahun penilaian 2025.
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen dan dedikasi tinggi dalam melaksanakan amanah pendidikan Al-Quran, selari dengan aspirasi Yayasan ADDIN dalam melahirkan generasi berteraskan “Uswatun Hasanah” contoh teladan terbaik dalam ilmu, akhlak dan kepimpinan.
Semoga pencapaian ini terus memperkukuh peranan Yayasan ADDIN sebagai institusi pendidikan Al-Quran yang berimpak serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga ADDIN.
BKPYA
025