TUNTUTAN SIJIL - SIJIL YAYASAN ADDIN
Bagi memastikan kelancaran proses permohonan dan tuntutan Sijil Khatam Al-Quran Yayasan Addin dan sijil - sijil lain Yayasan ADDIN , para pelajar dan ibu bapa/penjaga adalah diminta untuk mengambil maklum serta mematuhi syarat-syarat berikut:
- Kelayakan Permohonan
Bagi melayakkan seseorang pelajar menerima Sijil Khatam Al-Quran Yayasan Addin, calon hendaklah terlebih dahulu menduduki dan lulus Ujian Persijilan Khatam Al-Quran yang telah ditetapkan oleh pihak Yayasan ADDIN.
Syarat Ujian Persijilan Khatam Al - Quran Yayasan ADDIN
- Pengisian Borang Permohonan
Calon diwajibkan untuk melengkapkan Borang Permohonan Sijil Khatam Al-Quran Yayasan Addin dengan maklumat yang tepat dan lengkap bagi tujuan pemprosesan.
Klik di sini untuk dapatkan borang
- Penyelesaian Yuran Sekolah
Dimohon agar semua yuran persekolahan diselesaikan sepenuhnya sebelum permohonan dibuat. Permohonan hanya akan diproses sekiranya tiada tunggakan bayaran.
Klik di sini untuk dapatkan kadar Yuran bagi tuntutan Sijil
- Proses Penghantaran Sijil
Setelah bayaran berkaitan diselesaikan dan pengesahan diterima, sijil akan diproses dan dihantar kepada pemohon melalui perkhidmatan pos dalam tempoh yang akan dimaklumkan.
Untuk maklumat lanjut serta panduan lengkap permohonan, sila klik pautan yang disediakan di bawah.
Klik untuk hubungi pengurus bahagian Sijil