𝐀𝐥𝐡𝐚𝐦𝐝𝐮𝐥𝐢𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐢𝐧𝐢, 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧, 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐀𝐃𝐃𝐈𝐍 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐝𝐢𝐤𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧.
Dengan izin Allah SWT, empat orang pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN telah berjaya mencapai kejayaan yang membanggakan apabila berjaya Khatam Al-Quran 30 Juzuk dan lulus Ujian Pra Syahadah kategori 6 Juzuk.
Antara pelajar yang berjaya ialah:
Nur Amani Aishah Binti Mohd Faudzi
Amanina Binti Azrolnizam
Muhammad Rafizal Hanif Bin Razali
Ahmad Aqil Bin Ahmad Aslan
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga MTQ ADDIN yang telah bertungkus lumus mendidik, membimbing dan membentuk para pelajar sehingga berjaya mencapai tahap ini dalam hafazan Al-Quran.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga diucapkan kepada para ibu bapa serta para penyumbang yang sentiasa memberi sokongan, doa dan sumbangan dalam membantu usaha pendidikan Al-Quran di institusi ini.
Semoga segala usaha dan pengorbanan ini menjadi amal jariah yang berterusan dan mendapat ganjaran besar di sisi Allah SWT.
Akhir sekali, marilah kita sama-sama mendoakan agar Yayasan ADDIN terus dipermudahkan dan dibantu oleh Allah SWT dalam usaha melahirkan para huffaz Al-Quran yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong dan membantu perjuangan pendidikan Al-Quran di Yayasan ADDIN.
Kepada yang ingin Menyumbang, boleh tekan Link di bawah ;
https://shorturl.at/C2wS6