:
Zakat, Wakaf dan Sedekah
Share:


MUQADDIMAH

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 261-262 mahfhumnya:

” Bandingan (perbelanjaan – derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah amat luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuaNya. ” - 261

” Orang – orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-membangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi tuhan mereka , dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. ” - 262

(Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran 30 juzuk : Terbitan Darul Fikir Cetakan yang ke 15-1998)

Sabda Rasulullah s.a.w., mafhumnya :

“ Apabila mati seorang anak adam , terputusnya segala ‘amalannya kecuali tiga (kebaikan) :
1) Sedekah jariahnya (yang ikhlas)
2) Ilmu yang dimanfaatkan
3) Anak yang soleh yang mendoakan (kebaikan) untuknya ”.

Wakaf Ilmu

Konsep Wakaf Ilmu yang dipraktikkan oleh Yayasan ADDIN sejak 1993 adalah menerusi instrumen sumbangan wakaf tunai atau harta (alih / tak alih) daripada individu, korporat, koperasi, badan kerajaan dan sebagainya dibawah pengurusan Jawatankuasa Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh Dato' Syeikh Mohamah Nor bin Mansur al Hafiz dalam menjalankan fungsi mutawalli (Pengurus/Pentadbir) dalam aspek kutipan, agihan dan pelaburan harta wakaf bagi tujuan pendidikan dan pembangunan infrastruktur.

Dana Wakaf Ilmu ini diwujudkan sebagai suatu infrastruktur jangka panjang yang lestari bagi memenuhi keperluan dan pembiayaan aktiviti akademik, bantuan kewangan, penyelidikan,pembangunan fasiliti serta penjanaan bagi warga Yayasan ADDIN.

PENGENALAN TABUNG YANG DIURUSKAN

 Berikut disenaraikan tabung-tabung yang diuruskan untuk maklumat lanjut pihak tuan/puan, klik sahaja pada butang dibawah, terima kasih.

INFAQPAY TABUNG PEMBANGUNAN TABUNG PENDIDIKAN WAKAF KENDERAAN
JOM ZAKAT WAKAF AL QURAN TABUNG PENGURUSAN DANA HARTA KEKAL