12 Januari 2024, bertempat di Bilik Mesyuarat pejabat Yayasan ADDIN. Pihak Yayasan ADDIN telah menerima Kunjungan Hormat Pusat Bahasa dan Pengajian Asasi Universiti Sultan Azlan Shah yang diketuai oleh Dekan Pusat Bahasa Pengajian Asasi Dr Roslan Abdul Rahim, Penyelaras Asasi Ustazah Nur Fadhlina Binti Jamaludin, Ustazah Hawa Binti Alias dan dua orang Pensyarah Pusat Bahasa Pengajian Asasi Tuan Ali Zainal Abidin Bin Rosli dan Tuan Ahmad Adib Bin Mohammad Sofian. Manakala Yayasan ADDIN diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan ADDIN Af. Tuan Haji Mohd Sabri Bin Nordin, Ketua Pegawai Operasi Bahagian Pendidikan Yayasan ADDIN Ustaz Mohamad Taufiq Bin Shamsumiah, Timbalan Ketua Pegawai Operasi Bahagian Pendidikan Yayasan ADDIN Ustaz Megat Firdaus Bin Megat Basri, Timbalan Ketua Pegawai Operasi (Diploma) Ustaz Nizamuddin dan Pegawai Penaziran Madah Ustaz Danial.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan tentang Pengambilan pelajar baharu bagi Program Pengajian Asasi dan SPM Fast Track serta program kerjasama antara Pusat Bahasa dan Pengajian Asasi (PBPA) dengan Yayasan ADDIN. Semoga segala yang dibincangkan akan berjalan lancar dan mampu menaik taraf sistem pendidikan Tahfiz Yayasan ADDIN.
Program berakhir dengan penyampaian cenderahati oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan ADDIN Af. Tuan Haji Mohd Sabri Bin Nordin kepada Dekan Pusat Bahasa Pengajian Asasi Dr Roslan Abdul Rahim serta para tetamu lain dari PBPA USAS, kemudian sesi bergambar beramai ramai.
#SatuKeluargaSeorangHafiz