19 Jun 2025M bersamaan 22 Zulhijjah 1446H telah berlangsung dengan jayanya Majlis Ujian Persijilan Khatam Al-Quran ADDIN bertempat di Pusat Islam Asy-Syatibi terletak di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 4 Tapah.
Majlis penuh keberkatan ini telah dihadiri oleh seramai 20 orang calon pelajar dari Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN 4 Tapah. Majlis yang berlangsung dari jam 9:00 pagi hingga 1.00 petang ini diserikan dengan penyampaian nasihat dan panduan berharga daripada Pegawai Penaziran Al-Quran Yayasan ADDIN iaitu Af Ustaz Muhammad Fariss Naim Bin Abd Rasid.
Majlis diteruskan dengan Ujian Soalan Hafazan yang akan disoalkan oleh Af Ustaz Muhammad Fariss Naim Bin Abd Rasid kepada semua calon yang hadir. Semua calon akan disoal sebanyak 2 soalan untuk setiap juzuk, juzuk yang akan disoal adalah daripada Juzuk 1 hingga 5 dan Juzuk 30.
Alhamdulillah, Yayasan ADDIN mengucapkan Tahniah kepada semua calon yang hadir dan Syabas diucapkan kepada semua kerana telah lulus Ujian Soalan Hafazan dan melayakkan untuk mendapat Sijil Khatam Al-quran. Di harapkan agar majlis ini dapat menjadi titik permulaan untuk anda semua terus meningkatkan ilmu pengetahuan agama, serta menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa, dan negara.
Semoga dengan tamatnya ujian persijilan ini, anda semua akan terus istiqamah dalam membaca, memahami, dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dalam setiap tindakan dan keputusan.
Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah dan memberikan keberkatan kepada kita semua. Insya-ALLAH, Amiin
"Satu Keluarga Seorang Hafiz"