:
MTQ ADDIN 04 TAPAH
Share:


LATAR BELAKANG MTQ ADDIN 04 TAPAH 

Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN 04 Tapah adalah cawangan ke 4 MTQ ADDIN di bawah pentadbiran Yayasan ADDIN. Pada tahun 2009 sekolah ini telah mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak dan memperolehi nombor pendaftaran ( JAIPk/TAHFIZ/BP.53/09 )

Maahad ini ditubuhkan pada tahun 2002 dengan menumpang di bangunan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kampung Lubuk Katak, Tapah sebagai asrama dan kelas pengajian. Namun pada bulan Mac 2010, maahad ini telah berpindah ke bangunan yang baru di Kampung Jalan Kachu, 35000, Tapah, Perak setelah siap bangunan baru dan tanah yang diwakafkan oleh masyarakat setempat.

 

ALIRAN PENDIDIKAN DI MTQ ADDIN 04 TAPAH 

Lelaki / Perempuan yang mencapai target 15 juzuk

2 Tahun pengajian ( Tingkatan 4 & 5 )

Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM )

Sijil Khatam & Pra Syahadah / Syahadah 

 

 SENARAI PENGETUA MENGIKUT TAHUN 

Bil    Nama   Tarikh Berkhidmat 
 1  Ustaz Mohd Fakhri Bin Abdullah Zawawi   2002-2005
 2  Ustaz Dr Mohd Fazali Bin Abdul Manas   2005-2018
 3  Ustaz Mohd Sabri Bin Nordin   2018
 4  Ustaz Mohd Hanif Bin Malek   2020
 5  Ustaz Mohd Nizamuddin Bin Alias  2020-Kini