:
Share:


Alhamdulillah, kutipan zakat bagi bulan sept dan okt 2020 telah selamat kami agihkan mengikut asnaf yang telah ditentukan melalui MTQ ADDIN yang telah diputuskan.

Berikut kami kongsikan Agihan Zakat Mengikut Cawangan Bagi Tahun 2020 (bulan September-Oktober).

 

Seperti yang dimaklumkan, terdapat 26 buah Maahad Tahfiz ADDIN dibawah kelolaan kami dan Alhamdulillah MTQ ADDIN yang tersenarai telah menerima manfaat Agihan Zakat tersebut melalui Asnaf Fakir Miskin, Asnaf Fi Sabilillah dan Asnaf Ghorimin serta Amil.

Kami mendoakan agar para penyumbang budiman sekalian terus dimurahkan rezeki dilimpahruahkan rezeki yang halal lagi baik serta kami mengharapkan agar terus mendoakan kejayaan anak anak Tahfiz di bawah kelolaan kami.

Kami mengalu-alukan tuan/puan membayar zakat melalui kami agar dapat kami membantu pengurusan MTQ ADDIN serta para pelajar yang layak. Zakat yang tuan / puan keluarkan layak mendapat pengecualian cukai 100%.

Untuk maklumat lanjut, Tuan/Puan boleh hubungi kami di talian
019-5752956/0195909612

 

Tuan/Puan boleh layari laman web di bawah untuk membuat pembayaran zakat secara atas talian:

ZAKAT ADDIN ONLINE

Terima kasih.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua di dunia dan akhirat.