Bulan September tahun 2023, Tuan Haji Mohd Sabri Bin Nordin Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan ADDIN telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Pembangunan Tahfiz TVET Kebangsaan oleh Kementerian Sumber Manusia. Pelantikan bermula pada 1 September 2023 hingga 14 Mac 2026.
Kami di pihak Yayasan ADDIN mengucapkan Tahniah kepada Tuan haji Mohd Sabri Bin Nordin kerana telah mengangkat nama Yayasan ADDIN ke tahap ini. Semoga Tuan Haji Mohd Sabri Bin Nordin akan terus maju jaya demi kemajuan Institusi Tahfiz dalam pelbagai bidang dan kemahiran serta dapat melahirkan pelajar Tahfiz yang bukan sahaja berjaya dalam hafalan Al Quran tetapi berkemahiran untuk menuju kerjaya yang terbaik.
#SatuKeluargaSeorangHafiz
#MTQADDIN
#ADDINdihati