Pada 1 Ogos 2023 Bahagian Khidmat Pengurusan Yayasan ADDIN (BKPYA) telah membuat penaziran di MTQ 16 Batu Gajah. Kehadiran terdiri daripada Ketua Pegawai Operasi BKYA dan Pegawai Sumber Manusia Yayasan ADDIN.
BKPYA sentiasa komited dalam memastikan pengurusan kakitangan di setiap cawangan mencukupi di samping mengenal pasti permasalahan yang berlaku dari sudut kebajikan, kewangan dan disiplin kakitangan.
Ingatlah bahawa memantapkan pengurusan adalah satu usaha berterusan. Penting untuk sentiasa mengkaji semula dan menyesuaikan strategi apabila diperlukan untuk memastikan keberkesanan dan keberlanjutan Yayasan ADDIN.
Semoga dengan wujudnya BKP dibawah Yayasan ADDIN dapat membantu pengurusan kakitangan ke arah yang lebih baik dan cemerlang.