:
Share:


Alhamdulillah Yayasan ADDIN telah menerima kunjungan hormat daripada Kolej Felcra Berhad yang diadakan pada hari Rabu 18 Januari jam 9.30 pagi bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Yayasan ADDIN.

Kunjungan Hormat ini diadakan bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim diantara pihak Yayasan ADDIN dan Pihak Kolej Felcra Berhad. Pertemuan dua hala ini juga membincangkan perjalanan program pendidikan serta dapat berkongsi strategik dan idea serta hala tuju pendidikan yang dilaksakakan.

Alhamdulillah, pelbagai perkara yang telah kami bincangkan bersama. Semoga Allah berkati dan merahmati segala usaha bagi meningkatkan mutu pendidikan dan dapat melahirkan insan berpelajaran.