:
Share:


LAWATAN PENAZIRAN BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN ADDIN KE MTQ ADDIN 24 TELAGA NENAS

Ustaz Megat Firdaus Bin Megat Basri, Timbalan Ketua Pegawai Operasi bahagian Pendidikan dengan diiringi oleh Ustaz Dhia Addin Bin Mohd Zain, Pegawai Penaziran (Ko-Ku, SUMUR, Kembara Insaniah, Imam Muda) telah mengadakan lawatan pemantauan ke Maahad Tahfiz ADDIN 24 Telaga Nenas pada 24 Mei 2023 (Rabu).

Tujuan Lawatan ini ialah berkaitan dengan Penaziran Sistem Fail Kewangan, Kokurikulum di MTQ 24 Telaga Nenas. Selain itu, Pemantauan Pelaksanaan Kelas Al-Quran, Rekod Hafazan dan Tahriri, Kelas Madah, Sistem Sekolah, Kebersihan Kawasan Sekolah dan Pantauan Keterampilan Guru-guru juga dibuat Penaziran serta Tugasan Guru-guru dalam mendidik. 

Pemantauan dibuat secara berkala kepada sekolah-sekolah bagi memastikan pendidikan dan keselesaan para pelajar terjamin, dan juga memastikan ketelusan guru-guru dalam mendidik

Semoga dengan pemantauan ini dapat memantapkan lagi kualiti pendidikan Maahad Tahfiz ADDIN.