:
KERJASAMA%20STRATEGI%20PENDIDIKAN%20YAYASAN%20ADDIN%20DAN%20UNIVERSITI%20SULTAN%20AZLAN%20SHAH
Share:


Pendahuluan


USAS adalah sebuah universiti yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan dan memperkukuhkan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan serta melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan reputasi dan melengkapkan keunggulan dengan menjalin pelbagai kerjasama dengan pihak lain. 

Pusat Bahasa dan Pengajian Asasi (PBPA) ialah pusat akademik di Universiti Sultan Azlan Shah. Penubuhan PBPA dimulai dengan pelantikan Dekan PBPA pada 1 Oktober 2003. Dua jabatan telah diwujudkan secara rasmi di bawah PBPA, iaitu Jabatan Bahasa Arab (JBA) dan Jabatan Bahasa Inggeris (JBI) dengan pelantikan Ketua JBA dan Ketua JBI pada 1 Jun 2012. Pejabat pentadbiran PBPA kini terletak di Aras 1, Bangunan Pentadbiran Universiti Sultan Azlan Shah.

PBPA menawarkan program pradiploma dan praijazah yang dikenali sebagai program pengajian asasi. Program ini dirangka dan ditawarkan sebagai keperluan dan persediaan untuk pengajian peringkat diploma dan ijazah. PBPA menyediakan pelbagai kursus bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab untuk keperluan fakulti pengajian. Beberapa kursus, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris diwajibkan untuk memenuhi syarat pengajian. PBPA turut menawarkan kursus-kursus bahasa untuk kakitangan universiti, jabatan kerajaan, sektor swasta dan masyarakat awam.

Selain itu, PBPA juga menjalankan penyelidikan bahasa serta menyediakan perkhidmatan perundingan bahasa, penterjemahan dan penyuntingan. Perkhidmatan penterjemahan yang ditawarkan adalah daripada bahasa Arab dan Inggeris kepada bahasa Melayu dan sebaliknya. Perkhidmatan penterjemahan dan penyuntingan meliputi pelbagai bentuk seperti manuskrip, rencana, dokumen, risalah, dan sebagainya.

VISI

Menjadi pusat bahasa dan pengajian asasi yang cemerlang

MISI

Mendidik bakal profesional dan intelektual yang berperibadi mulia dan berketerampilan serta mampu mengintegrasikan kemahiran bahasa dengan pelbagai bidang ilmu melalui pendekatan pendidikan holistik untuk melahirkan insan budiman

MATLAMAT

Melahirkan graduan yang mampu berkomunikasi dengan bahasa Arab, bahasa Inggeris dan bahasa ketiga sebagai nilai tambah kebolehpasaran graduan.
Melahirkan graduan yang mampu mengintegrasikan kemahiran bahasa dengan pelbagai bidang ilmu
Memperkasakan sahsiah graduan dengan nilai-nilai insan budiman


Yayasan ADDIN Perak telah mengungguli pendidikan tahfiz al-Quran melalui pengajaran dan pembelajaran dan khidmat masyarakat di Negeri Perak Darul Ridzuan. Institusi ini telah giat menawarkan pendidikan tahfiz al-Quran di peringkat menengah, peringkat diploma serta pengajian turath kepada masyarakat Negeri Perak Darul Ridzuan. Di samping itu, Yayasan ADDIN Perak juga menawarkan pengajian pondok berasakan kitab turath secara berkala kepada masyarakat Negeri Perak. Generasi al-Quran dan pewaris pengajian pondok yang diharapkan lahir dari program-program yang ditawarkan Yayasan ADDIN Perak ialah generasi yang bertaqwa, berilmu dan bermanfaat kepada pembangunan negara dan ummah.


LATAR BELAKANG


Melalui surat bertarikh 7 Februari 2021, PBPA telah menyuarakan hasrat untuk memulakan perbincangan kerjasama dengan Yayasan ADDIN seperti berikut :
Tarikh perbincangan : 8 Februari 2021 jam 2.30 petang
Tempat perbincangan : Bilik Mesyuarat Masjid Al Aulia, Taman Sin Lok Jalan Kuala Kangsar Ipoh Perak


Delegasi :

DR. ROSLAN BIN ABDUL RAHIM - DEKAN PUSAT BAHASA DAN PENGAJIAN ASASI

SYED HASNI SYED ABU HASSAN BASRI - Pengurus

Tujuan

Perbincangan yang diadakan ini adalah ke arah pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh, menggalakkan dan membangunkan kerjasama bersama-sama dalam hak asasi manusia melibatkan bidang pendidikan,penyelidikan dan khidmat masyarakat antara kedua-dua atas dasar kesamarataan dan faedah bersama.

Perbincangan lanjutan yang diadakan bagi pemurnian Memorandum Pelaksanaan (MoU) antara kedua-dua pihak, seperti berikut;

1.0 BIDANG KERJASAMA

1.1 Program Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Secara Fast Track

    i. USAS BRIDGING CENTRE (UBC): USAS, melalui pusat UBC akan mengendalikan program tuisyen “SPM Fast-Track” sebagai persediaan Peperiksaan SPM bagi menampung pelajar lepasan tahfiz YAYASAN ADDIN yang berminat untuk mengambil peperiksaan SPM.

   ii. Semua pelajar yang lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia melalui program Fast Track ini layak ditawarkan untuk menyambung pengajian di USAS secara langsung di peringkat pengajian Asasi atau Diploma TERTAKLUK kepada persyaratan yang telah ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan USAS.

1.2 Pengajian Lanjutan: ASASI, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda

    i. Para pelajar lulusan YAYASAN ADDIN yang berkelayakan akan diterima secara langsung untuk meneruskan pendidikan mereka dalam semua program pengajian yang bersesuaian di semua peringkat (ASASI, Diploma, dan Ijazah Sarjanah Muda) di USAS.

    ii. Pelajar lulusan SPM YAYASAN ADDIN yang memperoleh Lima (5) ‘A’ cermelang tinggi, atau Tujuh (7) ‘A’ campur akan ditawarkan biasiswah penuh untuk melanjutkan pengajian di USAS selama satu tahun dalam program pengajian ASASI Sastera sebelum ditawarkan secara langsung untuk mengikuti program pengajian Ijazah Sarjana Muda.

    iii. Pelajar antarabangsa lulusan YAYASAN ADDIN yang melanjutjan pengajian di USAS di semua peringkat layak untuk mendapatkan bantuan biasiswa pengajian.

1.3 Program Pertukaran Staf dan Pelajar

     i. Pertukaran pensyarah dan pelajar antara USAS dan YAYASAN ADDIN boleh dilaksanakan mengikut kepakaran dan bidang yang bersesuaian bilamana diperlukan.

1.4 Perkongsian Kepakaran

   i. YAYASAN ADDIN dan USAS boleh bekerjasama dalam menyediakan kepakaran dalam berbagai bidang yang diperlukan. Sebagai contoh, pihak USAS dapat menyediakan kepakaran buat membantu YAYASAN ADDIN dalam hal-hal berikut:

      a. Penyediaan Bengkel MUET bagi mempersiapkan calon untuk menduduki ujian MUET.

      b. Penyediaan Intensive English Course untuk staf dan pelajar.

      c. Melatih guru-guru Bahasa Inggeris dalam teknik dan metod pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris mengikut kerangka CEFR (Common European Framework of Reference for Languages) yang telah diperkenalkan oleh kementerian dan diguna pakai di sekolah-sekolah.

      d. Menyediakan kepakaran Kaunseling baik dalam bentuk kepakaran praktikal mahupun kepakaran akademik.

      e. Melatih kakitangan YAYASAN ADDIN dalam bidang kaunseling sehingga layak menjadi kaunselor.

  ii. Kerjasama kepakaran antara USAS dan YAYASAN ADDIN boleh melibatkan semua bidang dan bentuk kepakaran yang tidak tersebut secara eksplisit di Memorandum Persefahaman ini.

1.5 Latihan Industri

    i. YAYASAN ADDIN menawarkan madrasah-madrasah tahfiz al-quran di bawah YAYASAN ADDIN sebagai pusat latihan kepada para pelajar USAS bagi memastikan mereka memenuhi persyaratan program serta persyaratan bergraduat.

    ii. Melalui penawaran ini, para pelajar yang telah bergraduat boleh ditawarkan sebagai tenaga pekerja di madrasah-madrasah tahfiz di bawah YAYASAN ADDIN.