:
Kerjasama%20Strategi%20Yayasan%20ADDIN%20dan%20Universiti%20Pendidikan%20Sultan%20Idris
Share:


Pendahuluan


UPSI adalah sebuah universiti yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan dan memperkukuhkan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan serta melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan reputasi dan melengkapkan keunggulan dengan menjalin pelbagai kerjasama dengan pihak lain. Fakulti Sains Kemanusiaan merupakan salah sebuah fakulti di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang bertempat di Kompleks Malim Sarjana, mempunyai beberapa buah jabatan dalam bidang sains kemanusiaan khususnya Jabatan Pengajian Islam.

Peranan Jabatan Pengajian Islam,

FSK bukan sahaja menawarkan pengajian di peringkat universiti, bahkan turut bertanggungjawab menyumbangkan khidmat kepada masyarakat dengan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak.

Yayasan ADDIN Perak telah mengungguli pendidikan tahfiz al-Quran melalui pengajaran dan pembelajaran dan khidmat masyarakat di Negeri Perak Darul Ridzuan. Institusi ini telah giat menawarkan pendidikan tahfiz al-Quran di peringkat menengah, peringkat diploma serta pengajian turath kepada masyarakat Negeri Perak Darul Ridzuan. Di samping itu, Yayasan ADDIN Perak juga menawarkan pengajian pondok berasakan kitab turath secara berkala kepada masyarakat Negeri Perak. Generasi al-Quran dan pewaris pengajian pondok yang diharapkan lahir dari program-program yang ditawarkan Yayasan ADDIN Perak ialah generasi yang bertaqwa, berilmu dan bermanfaat kepada pembangunan negara dan ummah.


LATAR BELAKANG

Melalui surat bertarikh 9 mac 2020, FSK telah menyuarakan hasrat untuk memulakan perbincangan kerjasama dengan Yayasan ADDIN seperti berikut :

Tarikh perbincangan : 12 mac 2020 jam 2.30 petang

Tempat perbincangan : Bilik Mesyuarat Yayasan ADDIN, Taman Sin Lok Jalan Kuala Kangsar Ipoh Perak

Delegasi : Dr. Muhammad Akramin Kamarul Zaman

               Dr. Wahyu Hidayat Abdullah

               Dr. Abd Hadi Borham

               Dr. Rozaimi Ramli

               Dr. Marzuki Hj Abdul Rahim

 

Tujuan

Perbincangan yang diadakan ini adalah ke arah pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh, menggalakkan dan membangunkan kerjasama bersama-sama dalam hak asasi manusia melibatkan bidang pendidikan,penyelidikan dan khidmat masyarakat antara kedua-dua atas dasar kesamarataan dan faedah bersama.

Perbincangan lanjutan yang diadakan bagi pemurnian Memorandum Pelaksanaan (MoU) antara kedua-dua pihak, seperti berikut;

i. Skop Kerjasama
ii.Pengkhususan Bidang


Skop Kerjasama

Pihak-pihak bersetuju untuk menjalinkan kerjasama di dalam bidang-bidang seperti berikut:
a. Penawaran program pengajian di peringkat Ijazah Pertama bagimenyambung pengajian ke UPSI;
b. Pengecualian dan pemindahan jam kredit bagi pelajar Diploma di Maahad Tahfiz al Quran wal Qiraat ADDIN 4 Tapah Perak (Lokasi Tambahan Darul Quran JAKIM) bagi mengikuti pengajian ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda di UPSI;
c. Pelaksanaan kursus dan latihan bidang pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran kepada guru tahfiz di Yayasan ADDIN;
d. Pembangunan penyelidikan dan penerbitan melalui perkongsian kepakaran, maklumat dan dana penyelidikan;
e. Program pertukaran atau pinjaman pensyarah UPSI dan Yayasan ADDIN; dan
f. Program yang melibatkan aktiviti antara pelajar UPSI dan Yayasan ADDIN.


ii. Pengkhususan Bidang
a. Tahfiz dan Qiraat dengan Pendidikan
b. Pendidikan Islam.

Tarikh Bersejarah

Setelah melalui perbincangan pelbagai peringkat, alhamdulillah, akhirnya pada 12 November 2021 termeterai sudah satu jalinan kerjasama yang amat bermakna bagi merealisasikan impian pelajar tahfiz di negara ini khasnya pelajar-pelajar MTQ ADDIN dan LTDQ ADDIN untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di masa hadapan.

 

Klik Montage MoU untuk melihat video