:
Darul%20Quran%20Jakim
Share:


PENDAHULUAN

Yayasan Pendidikan Maahad Tahfiz al Quran wal Qiraat ADDIN Perak (Yayasan ADDIN) adalah sebuah pertubuhan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Pada tahun 2020 ini Yayasan ADDIN sedang menguruskan perjalanan 23 buah Maahad Tahfiz al Quran wal Qiraat ADDIN seluruh negeri Perak sebagai sebuah Institusi Pendidikan Islam Swasta yang berasrama penuh dan berteraskan kebajikan.

MTQ ADDIN mula ditubuhkan pada 17 Disember 1993 dan dibina di atas sebidang tanah seluas 9 Ekar 2 Relung 15 Persegi di Kg. Tualang Sekah, Malim Nawar. Fokus penubuhan adalah menjadikan bidang hafaz al-Qur’an sebagai subjek teras. Selain itu, pelajaran agama dan pelajaran akademik juga diajar di Maahad ini.

Setelah lebih 20 tahun MTQ ADDIN beroperasi ianya telah menunjukkan prestasi yang membanggakan apabila saban tahun permintaan untuk memasuki Maahad ini sentiasa meningkat dari masyaratkat Islam khususnya dari negeri Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan sebagainya. Sehingga hari ini bilangan pelajar Maahad adalah sebanyak 1450 orang di seluruh cawangan-cawangan sebanyak 23 buah.

Statistik ini menunjukkan bahawa pelajar Maahad Tahfiz al Quran wal Qiraat ADDIN akan tamat belajar setiap tahun mencapai angka seratus orang lebih dan rekod menunjukkan bahawa setiap tahun antara 50 hingga 60 pelajar telah khatam hafazan 30 juz. Justeru, amat wajar program pengajian tahfiz peringkat diploma diwujudkan oleh Maahad selaras dengan perkembangan semasa.

Selain itu, pergolakan politik di Timur Tengah juga memberi kesan yang besar kepada hala tuju pelajar Maahad ini untuk menyambung pengajian mereka di sana. Sebagai contoh pada tahun 2011 seramai 35 orang pelajar alumni Maahad ini terpaksa pulang dari Yaman dan Syria ke Tanah Air akibat pergolakan politik tersebut. Dan yang terbaru seramai 21 orang pelajar lepasan MTQ ADDIN terpaksa pulang ke tanah air dari Mesir dan 3 orang yang ditangguhkan penerbangan bagi menyambung pelajar ke Maahad Syuobra Mesir.

Sehubungan dengan itu, cadangan program pengajian ini adalah wajar dan rasional dilaksanakan dengan perkembangan semasa MTQ ADDIN dan keperluan semasa pelajar.

SEJARAH PENUBUHAN MTQ ADDIN 04 – TAPAH

Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN 04 Tapah adalah cawangan ke 4 MTQ ADDIN di bawah pentadbiran Yayasan ADDIN. Pada tahun 2009 sekolah ini telah mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak dan memperolehi nombor pendaftaran ( JAIPk/TAHFIZ/BP.53/09 )

Maahad ini ditubuhkan pada tahun 2002 dengan menumpang di bangunan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kampung Lubuk Katak, Tapah sebagai asrama dan kelas pengajian. Namun pada bulan Mac 2010, maahad ini telah berpindah ke bangunan yang baru di Kampung Jalan Kachu, 35000, Tapah, Perak setelah siap bangunan baru dan tanah yang diwakafkan oleh masyarakat setempat.

PELAKSANAAN PROGRAM DIPLOMA

Pada tahun 2012, Yayasan ADDIN telah memulakan langkah menjalin hubungan dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuklan Darul Quran Jakim. Langkah ini dimulai dengan lawatan kerja serta kunjungan hormat Ketua Penyelaras MTQ ADDIN serta dua pegawainya ke Darul Quran dan di sambut oleh Timbalah Pengarah Darul Quran Puan Hajah Zawanah Binti Muhammad. Hasil perbincangan dan lawatan dua hala serta pembentangan hasrat pelbagai aras selama dua tahun yang dijalankan, akhirnya pihak Jakim bersetuju untuk menjalin kerjasama pendidikan dengan Yayasan ADDIN bagi progran Diploma Tahfiz al Quran dan Al Qiraat.

 

 

Pada tahun 2014, Majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman ( MoU ) antara Kerajaan Malaysia ( Jakim ) dengan Yayasan ADDIN telah termeterai bersempena dengan Majlis Konvokesyen Yayasan ADDIN bertempat di Dewan Saidina Ali Institut Tadbiran Islam Perak ( INTIM ).

 

 

Pada bulan mei 2015, pengambilan pelajar Diploma Tahfiz Al Quran dan Al Qiraat kumpulan pertama telah berjaya dilaksanakan dan bilangan pelajar bertambah setiap tahun. Pada tahun 2020, jumlah pelajar diploma ialah 45 orang.

 

 

Pada tahun 2018, secara rasmi maahad ini bergelar Lokasi Tambahan Darul Quran ( MTQ ADDIN 4 Tapah ) setelah Malaysians Qualifications Agency (MQA) bersetuju dengan cadangan dari Darul Quran. Pada tahun ini juga tiga pelajar kumpulan pertama kami berjaya menamatkan pengajian dan memperolehi Diploma Tahfiz al Quran dan Al Qiraat dan dua orang darinya ditawarkan menyambung pengajian di luar negara.

 

 

Pada tahun 2019, Malaysians Qualifications Agency (MQA) telah menyerahkan sijil pengiktirafan terhadap program Diploma Tahfiz al Quran dan Al Qiraat yang telah dijalankan dengan kerjasama Darul Quran Jakim. Sijil ini telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Halem Hafiz Bin Salihin Timbalan Pengarah Darul Quran sempena Lawatan Penaziran Akademik yang telah dijalankan. Pada tahun ini juga pelajar kumpulan ke dua kami juga semuanya berjaya menamatkan pengajian dan memperolehi diploma masing masing dan sebahagiannya menyambung pelajaran ke luar negara.