:
PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI 2021 / 2024


DARUL QURAN JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat di Darul Quran JAKIM (DQ) dan di Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) MTQ ADDIN TAPAH PERAK. Program ini mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) (MQA/FA7510).

SISTEM PENGAJIAN

Pengajian dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun (6 semester). Pelajar akan dibimbing oleh pensyarah-pensyarah yang profesional dan berpengalaman. Kursus-kursus elektif yang terdapat dalam program ini ialah:


• Kursus Elektif Qiraat (ditawarkan di Darul Quran JAKIM, MTN Pahang, KAQSA Melaka, MTQN (MAIK) Kelantan, MTQN Perak, IQDAR Kedah, ITQAN Negeri Sembilan, MTQ ADDIN Perak dan ITQAS Sabah)

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

i. Beragama Islam
ii. Warganegara Malaysia
iii. Berumur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh pendaftaran
iv. Tidak berkahwin
v. Lulus
- SPM; atau
- *Percubaan SPM (calon SPM 2020); atau
- *Keputusan Peperiksaan Tingkatan 5 (calon SPM 2020); atau
- *Keputusan Akhir Tahun Tingkatan Empat (Calon SPM 2020)
*mendapat pengesahan pihak sekolah


Syarat minimum Gred ‘C’ dalam mata pelajaran berikut:


a) Bahasa Melayu
b) Bahasa Arab / Al-Adab wa al-Balaghah / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab;
c) Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Usuluddin / Turath al-Quran dan Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-Ulum al-Islamiah / Turath Dirasat Islamiah / Maharat al-Quran / Manahij Ulum al-Islamiyah dan;
d) LULUS Bahasa Inggeris
e) LULUS Ujian Bertulis (Bahasa Arab dan Tajwid)
f) LULUS Temuduga
g) Mempunyai tahap kesihatan yang baik.