Assalamualaikum
Minggu ini adalah minggu peperiksaan akhir semester 1,3 dan 5 bagi Pelajar Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat. Ianya melibatkan beberapa kursus dalam semester ini.
Peperiksaan ini telah bermula pada 31 Oktober 2022 sehingga 14 November 2022.
Semoga dipermudahkan urusan pelajar-pelajar dalam menjawab soalan Peperiksaan Akhir Semester ini.
“Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh/ tidak disengajakan. Sebaliknya mereka lebih menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamat. Kejayaan pasti digenggam di satu hari yang pasti.”
PROGRAM MINGGU HALUAN MAHASISWA
Alhamdulillah telah selesai program haluan mahasiswa bagi pelajar semester satu pada sepanjang 4 Jun 2022 hinga 5 Jun 2022. Terima kasih kepada semua mahasiswa/wi yang turut menyumbang tenaga bagi menjayakan program tersebut. Turut juga diucapkan kepada pensyarah LTDQ ADDIN yang sudi mengambil tempat untuk menjayakan program ini.
Semoga semua mahasiswa/wi dapat menjalani sesi pembelajaran dengan selesa dan menjadi pewaris Al-Quran pada masa akan datang.
INSHA ALLAH
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. [Riwayat Muslim (4867)
Abdullah ibnu Mubarak pernah mengatakan :
Aku belajar adab (budi pekerti) selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun. Orang-orang soleh terdahulu akan belajar adab terlebih dahulu, baru kemudian mencari ilmu.
Akhir kalam, marilah sama-sama kita mengikhlaskan niat hanya kerana untuk mendapatkan redha Allah Taala