:
Kemudahan

Kemudahan

  • Bangunan Bilik Kuliah
    • Terdapat lima bilik kuliah yang boleh digunakan oleh pelajar untuk pengajaran dan pembelajaran mereka. Setiap bilik kuliah tersebut boleh memuatkan seramai 35 orang pelajar. Bilik kuliah tersebut juga lengkap dengan kerusi dan meja pelajar, kerusi dan meja guru, dan papan putih.

 

  • Bilik Perpustakaan
    • Ukuran bilik perpustakaan yang terdapat di Maahad ini ialah 20 x 10 kaki. Oleh itu, ia mampu memuatkan sejumlah buku rujukan untuk pelajar di peringkat sekolah menengah. Namun ia akan disusun dengan baik bagi menampung keperluan pelajar di peringkat Diploma.

 

  • Bilik Makmal Komputer
    • Bilik makmal komputer dalam cadangan adalah bersebelahan dengan bilik perpustakaan. Justeru, ukuran bilik perpustakaan juga ialah 20 x 10 kaki. Pada pengamatan kami bilik tersebut boleh memuatkan 20 set komputer. Setakat ini komputer belum ada lagi dan bilik tersebut dijadikan bilik audio pelajar Maahad ini.

 

  • Bangunan Bilik Pensyarah
    • Bilik guru yang ada sekarang boleh di up grade sebagai bilik pensyarah. Ukuran bilik tersebut 20 x 20 kaki persegi. Oleh itu, jika di ubah suai ia boleh menampung keperluan 10 hingga 15 orang pensyarah dalam satu masa.

 

  • Bangunan Bilik Seminar
    • Bersebelahan bilik guru terdapat bilik seminar dengan ukuran yang sama besar. Bilik ini juga boleh dijadikan bilik mesyuarat dan sebagainya.

 

  • Bangunan Asrama Pelajar
    • Ukuran bangunan asrama pelajar adalah 80 x 30 kaki persegi. Oleh itu, ia mampu menampung sejumlah 100 hingga 120 orang pelajar dalam satu masa. Untuk peringkat pelajar Diploma ia boleh dikurangkan bilangan tersebut supaya pelajar lebih selesa.

 

  • Bangunan Kantin
    • Terdapat sebuah kantin dan kedai koperasi pelajar di atas tapak Maahad ini. Kantin tersebut boleh memuatkan bilangan pelajar seramai 120 orang satu masa. Oleh itu, kaedah untuk memberi makan dan minum pelajar dapat di atasi dengan kemudahan bangunan kantin tersebut.

 

  • Padang Permainan Pelajar
    • Terdapat sebuah padang bola sepak yang sederhana saiznya untuk memenuhi keperluan riadhah pelajar. Selain itu, wujud pula gelanggang badminton atau sepak takraw dalam kawasan asrama pelajar.

 

  • Bangunan Kuarters Guru
    • Terdapat sebuah bangunan kuaters guru yang mempunyai tiga pintu berkonsep rumah teres setingkat tiga bilik. Oleh itu, ia boleh memuatkan tiga keluarga guru yang sudah berkahwin untuk memantau pergerakan pelajar sepanjang mereka berada di kawasan sekolah.

 

  • Bangunan Surau
    • Bangunan surau sedang dalam pembinaan. Oleh itu, pelajar akan solat di surau kepunyaan masyarakat kampong yang ada bersebelahan dengan kawasan Maahad. Jaraknya lebih kurang 20 meter sahaja. Justeru, keselamatan pelajar pergi dan datang ke surau akan terjaga insyaAllah.