Utama > Sejarah Penubuhan PERMAD

24-Feb-2019

 
 
Penubuhan Persatuan Mahasiswa ADDIN (PERMAD) bermula pada tahun 2017 apabila kemasukan pelajar baru bagi sesi tahun 2017/2020 mendapat sambutan yang menggalakkan. Hal ini kerana bilangan pelajar diploma sebelum itu adalah sedikit iaitu seramai tujuh orang sahaja. Oleh itu, hasrat untuk menubuhkan persatuan ini tergendala seketika disebabkan kesulitan yang dialami.
 
Sebagai permulaan, Persatuan Mahasiswa ADDIN (PERMAD) ditubuhkan sebagai salah satu persatuan yang menjaga kebajikan setiap pelajarnya dari segi rohani dan jasmani mereka. Dengan penubuhan tersebut, maka kebajikan setiap pelajar diploma di Institusi Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 4 Tapah terjaga dan terjamin keseluruhannya.
 
Persatuan ini ditubuhkan atas dorongan dan sokongan daripada Al-Fadhil Ustaz Mohd Fazali Bin Abdul Manas merangkap pengarah MTQ ADDIN 4 Tapah. Beliau adalah salah seorang yang banyak membantu dalam proses dan usaha penubuhan persatuan ini.