Utama > SEMESTER 1

12-Feb-2019

RASIONAL PEMILIHAN KURSUS

PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT

LOKASI TAMBAHAN DARUL QURAN (LTDQ)

MTQ ADDIN TAPAH PERAK

BIL.

KOD KURSUS

NAMA KURSUS

RASIONAL PEMILIHAN KURSUS

1.

PAQ 1013

HIFZ AL-QURAN SYAFAWI 1

Kursus ini membantu pelajar mendapatkan kemahiran menghafal dan memperdengarkan bacaan al-quran dari awal juzuk 1 hingga 5 mengikut kaedah rasm uthmani

2.

PAQ 1023

HIFZ AL-QURAN TAHRIRI 1

Kursus ini membantu pelajar mendapatkan kemahiran menulis al-quran mengikut kaedah rasm uthmani dan mengenalpasti kesalahn  dan penyelewengan dalam penulisan al-Quran

3.

PTT 1133

ILMU TAJWID

Kursus ini membantu pelajar mendapat kemahiran dalam Ilmu Tajwid secara teori dan pembacaan al-Quran dengan betul secara Talaqqi Musyafahah serta mengenalpasti kesalahan-kesalahan tajwid mengikut bacaan riwayat Hafs An Asim dengan Tariq Syatibiy 

4.

PQA 1142

ASAS QIRAAT ILMI

Kursus ini membantu pelajar mendapat kemahiran menjelaskan kaedah-kaedah khusus bagi bacaan imam dan perawinya dan dapat membandingkan bacaan-bacaan imam dan perawinya serta dapat menyelesaikan perbezaan dalam bacaan ayat-ayat al-Quran berpandukan  matan-matan al-Syatibiyyah dan al-Durrah

5.

PTU 1163

ULUM AL-QURAN

Kursus ini membantu pelajar mendapat kemahiran memahami, komunikasi, menyelesaikan masalah dan pembelajaran sepanjang hayat bagi membincangkan ilmu berkaitan al-Quran termasuk konsep berkaitan wahyu, makki dan madani, asbab nuzul, nasakh dan mansukh, am dank has serta mutlaq dan muqayyad

6.

PTS 1172

TAFSIR AL-QURAN WA MABADIUHU

Kursus ini membantu pelajar mendapat kemahiran memahami, komunikasi, penyelesaian masalah dan pemikiran kritikal bagi membincangkan ilmu berkaitan tafsir al-Quran dan jenis-jenisnya sebagai satu kaedah khusus dalam memahami isi kandungan al-Quran, mencakupi elemen-elemen pentafsiran al-Quran serta ‘Ibrah atau pengajaran ayat dalam surah AL-Kahfi yang melibatkan hakikat iman dan perjuangan dalam mempertahankan Iman.

7.

PBA 1192

BAHASA ARAB 1

Kursus ini membantu pelajar mendapat kemahiran berkaitan ilmu bahasa arab. Melahirkan individu yang mampu bertutur dalam bahasa arab dengan uslub yang mudah dan ringkas. Menanam semangat cintakan bahasa arab sebagai bahasa al-Quran.

8.

MPU 2162

PENGAJIAN MALAYSIA 2

Kursus ini membantu pelajar mendapat kemahiran berfikir, berkomunikasi dan menyelesaikan masalah bagi menghayati sejarah politik, perlembagaan Malaysia, kemasyarakatan, perpaduan dan pembangunan Negara.

 

 

 

 

 

  KURSUS             KOD        KREDIT
  Hifz al-Quran Syafawi 1 PAQ 1013 3
  Hifz al-Quran Tahriri 1             PAQ 1023             3
  Tajwid al-Quran             PTT 1133             3
  Asas Qiraat Ilmi             PIQ 1152             2
  Ulum al-Quran             PUQ 1273             3
  Bahasa Arab 1             PBA 1182             2
  Tafsir al-Quran wa Mabadiuhu             PTS 1143             3
  JUMLAH JAM            19