16 September 2024 bersamaan 12 Rabiul Awwal merupakan tarikh yang paling bermakna buat umat Islam kerana kalahiran Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Di Malaysia, setiap 12 Rabiul Awwal yang juga dikenali sebagai Maulidur Rasul merupakan cuti umum bagi semua negeri di Malaysia.
Bersempena dengan Bulan Maulid penuh barakah ini, marilah kita memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.
Sabda Nabi ;
( مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ )
“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat / tingkatan (di syurga kelak).”
(An-Nasa’i no. 1297, Ahmad, Sahih)
Firman Allah S.W.T ;
( إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا )
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.”
(Al-Ahzab : 56)
Semoga kita sentiasa memantapkan keyakinan, meningkatkan kecintaan, mencontohi perlakuan dan menghayati al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Moga dengan suri tauladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW menjadi pedoman buat kita semua dan semoga kita memperoleh syafaat agung Baginda di akhirat kelak. Insya-ALLAH, Amiin.