Pada hari ini 23 Mei bersamaan 14 Zulkaedah bermula Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1445H/2024M.
Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1445H/2024M berlansung pada 23 hingga 28 Mei 2024 bersamaan 14 hingga 19 Zulkaedah 1445Hijrah bertempat di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.
Alhamdulilla, salah seorang peserta yang menyertai Hafazan Al-Quran 1-30 Juzuk tahun ini adalah Omar Bin Abdul Aziz. Dimana, beliau adalah Alumni Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 15 Kg Kelan Slim River dan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 00 Kg Tualang Sekah Malim Nawar. Beliau adalah batch ke-3 Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 15 Kg Kelan Slim River pada tahun 2016-2018 dan bersambung di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 00 Kg Tualang Sekah Malim Nawar pada tahun 2019 - 2020, beliau khatam 30 Juzuk Al-Quran ketika berumur 15 Tahun di bawah bimbingan Af Ustaz Wahyudi Bin Ahmad Basri. Beliau juga adalah pelajar terbaik keseluruhan Subjek Al-Quran dan Akademik pada Tahun 2018 dan beliau pernah mendapat tempat ke-2 pertandingan Hafazan Al-Quran peringkat Negeri Perak di bawah bimbingan Af Ustaz Abdul Aziz Bin Mohammed.
Semoga para peserta dapat melakukan yang terbaik dan semoga Omar Bin Abdul Aziz beroleh kejayaan. Buat makluman semua, pertandingan Hafazan Al-Quran 1-30 Juzuk akan bermula jam 9.00 pagi pada hari Isnin. Sekiranya ada kesempatan, marilah bersama kita ke Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.
“Al-Quran Dihayati, Negara Diberkati”
#satukeluargaseoranghuffaz