“Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla.” (Hadis riwayat Thabrani)
Di tengah kemeriahan sambutan hari raya ini, jangan kita lupa untuk merenung dan mensyukuri segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Semoga Hari Raya membawa keberkatan dan kebahagiaan yang abadi.
Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
– Hadis Riwayat Imam Ahmad.
العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ َكُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ مِنَ صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Zulhijjah termasuk pada awalnya
Seluruh warga Yayasan ADDIN mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, Semoga ibadah korban kita diterima dan diberkati Allah
Semoga keikhlasan dan kerendahan hati selalu menyertai di hari yang penuh makna ini.
Indah Langit Kerana Awan,
Indah Laut Kerana Kebiruan,
Indah Aidilfitri Kerana Kemaafan,
Indah Aidiladha Kerana Pengorbanan.
" Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha "