MALIM NAWAR, 12 OKTOBER 2026 (ISNIN) – Majlis Tasmi’ Akhir dan Khatam Al-Quran telah berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Tahfiz ADDIN (SMTA) Malim Nawar dengan jayanya pada Isnin lalu, melibatkan dua orang pelajar yang berjaya menamatkan hafazan Al-Quran 30 juzuk.
Dua pelajar tersebut ialah Umar Zuhail bin Azimime, di bawah bimbingan Ustaz Muhammad Kamil bin Mohd Kamal, serta Danish Amiruddin bin Mohd Yusof, yang dibimbing oleh Ustaz Aliff Azrai bin Mohamad Tarmizi.
Majlis ini merupakan detik bermakna dalam perjalanan pendidikan dan pengajian Al-Quran para pelajar, selain menjadi bukti kesungguhan, disiplin serta komitmen mereka dalam menyempurnakan hafazan kalam Allah SWT dengan bimbingan para guru.
Pihak Yayasan ADDIN merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kedua-dua pelajar atas kejayaan menamatkan hafazan Al-Quran 30 juzuk. Penghargaan turut diberikan kepada guru pembimbing atas segala usaha, kesabaran dan dedikasi dalam mendidik serta membimbing para pelajar sehingga mencapai kejayaan ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak pengurusan sekolah dan seluruh warga SMTA Malim Nawar atas sokongan serta komitmen dalam melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak mulia dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk kedua-dua pelajar terus memelihara hafazan, memperkukuh penghayatan terhadap Al-Quran serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian. Mudah-mudahan segala usaha dan pengorbanan semua pihak dikurniakan ganjaran serta keberkatan oleh Allah SWT.
Tahniah kepada Umar Zuhail dan Danish Amiruddin atas kejayaan yang membanggakan ini. Semoga terus istiqamah bersama Al-Quran.
BKPYA
DR004







