Makluman
  1. PELAJAR MTQ ADDIN SELESAI MENDUDUKI UJIAN SPHB JAKIM, SEMUA SELAMAT TIBA DI MTQ MASING-MASING
  2. WAN NUR BALQIS UKIR KEJAYAAN PRA SYAHADAH 10 JUZUK, RAIH JAYYID JIDDAN
  3. MTQ ADDIN 15 CEMERLANG DI IHTIFAL TAHFIZ DAERAH MUALLIM 2026
  4. TIRAI FESTIVAL SUKAN ADDIN 2026 (LELAKI) DILABUHKAN, MTQ ADDIN 4 TAPAH UKIR KEGEMILANGAN SEBAGAI JUARA KESELURUHAN
  5. DARI ALUMNI ADDIN KE PENTAS KONVOKESYEN, TAHNIAH MUHAMMAD SYAHIR IFWAT!
  6. BENGKEL TAHSIN AL-QURAN PERKUKUH PENGUASAAN TAJWID DAN TARANNUM WARGA MTQ ADDIN VOKASIONAL 20 TANJUNG BAYAN
  7. SEMANGAT, UKHWAH DAN KECEMERLANGAN! FESTIVAL SUKAN ADDIN 2026 (PEREMPUAN) MELABUHKAN TIRAI
  8. SEHATI DALAM ILMU, BERSATU DALAM UKHUWAH! BACAAN SYAMAIL MUHAMMADIYYAH MERIAHKAN HARI MALAYSIA DI MTQ ADDIN 9 KG CHOPIN
  9. DARI USRAH KE KARYA, MENGHAYATI ERTI HARI MALAYSIA DI MTQ ADDIN VOKASIONAL 20 TANJUNG BAYAN
  10. SELAMAT HARI MALAYSIA 2026
  11. PACU LANGKAH TERAKHIR MENUJU SPM! MTQ ADDIN 4 TAPAH ANJUR KEM KECEMERLANGAN SPM 2026
  12. KHATAM 30 JUZUK AL-QURAN, NUR ADILAH BUKTIKAN KEKUATAN TEKAD DALAM HAFAZAN
  13. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 DARI YAYASAN ADDIN
  14. SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H
  15. PENTAKSIRAN FORMATIF 2 MTQ ADDIN 2026 BERMULA, UKUR PRESTASI DAN PENGUASAAN PELAJAR
  16. NAJID NAJWAN CEMERLANG RAIH SIJIL TAHFIZ MALAYSIA, KUKUHKAN REKOD KECEMERLANGAN HAFALAN AL-QURAN
  17. GEMILANG DI PERSADA HAFAZAN DAN KESENIAN ISLAM 2026: MTQ ADDIN 17 AIR KUNING DINOBAT JOHAN KESELURUHAN
  18. GEMILANG DI MAJLIS IHTIFAL HAFAZAN AL-QURAN DAN KESENIAN ISLAM: ADDIN 7 RANGKUL JOHAN AZAN DAN HAFAZAN
  19. YAYASAN ADDIN BUKA PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU 2027, TAWAR TIGA LALUAN PENDIDIKAN ISLAM: SEKOLAH RENDAH ISLAM, TAHFIZ INTEGRASI DAN TAHFIZ VOKASIONAL
  20. TAJ INTERNATIONAL COLLEGE TINJAU MTQ ADDIN 03, PERKUKUH KERJASAMA TAHFIZ TVET
  21. SMT ADDIN MALIM NAWAR ANJUR TAKLIMAT HALA TUJU PELAJAR, PERKUKUH KERJASAMA BERSAMA WARIS DEMI MASA DEPAN GEMILANG
  22. TIGA GRADUAN LTDQ ADDIN TERIMA DIPLOMA PADA MAJLIS KONVOKESYEN DARUL QURAN KALI KE-34
  23. KURSUS ASAS QIRAAT GURU-GURU YAYASAN ADDIN MELABUHKAN TIRAI DENGAN JAYANYA
  24. PUASA SUNAT HARI ASYURA: AMALAN SUNNAH YANG PENUH GANJARAN
  25. PROGRAM TAHFIZ TVET: PELAJAR MTQ CHANGKAT CERMIN SERTAI KURSUS SELENGGARAAN MOTOSIKAL DI GIATMARA BERUAS
  26. 35 PELAJAR INSTITUSI TAHFIZ DI BAWAH YAYASAN ADDIN SERTAI PROGRAM SPHB JAKIM DI DARUL QURAN
  27. SELAMAT MENDUDUKI PENTAKSIRAN SUMATIF 1 KEPADA SELURUH PELAJAR MTQ ADDIN
  28. MEMETERAI JALINAN STRATEGIK: YAYASAN ADDIN DAN TAJ INTERNATIONAL COLLEGE PERKASA AGENDA TAHFIZ TVE
  29. MAJLIS PENGHARGAAN DAN SERAHAN PEMULANGAN MAHASISWA UIN SALATIGA
  30. KEJAYAAN CEMERLANG MTQ ADDIN 17 AIR KUNING: DUA PELAJAR LULUS UJIAN PRA SYAHADAH 10 JUZUK
  31. SALAM AIDILADHA 1447H DARIPADA YAYASAN ADDIN
  32. YAYASAN ADDIN MERAKAMKAN TAHNIAH ATAS PELANTIKAN PENGETUA INTIM
  33. KELEBIHAN HARI ARAFAH: MENGHAYATI PENGORBANAN, KEAMPUNAN DAN KETAATAN KEPADA ALLAH SWT
  34. LAWATAN TAPAK BAGI PERANCANGAN TAHFIZ TVET ANTARA YAYASAN ADDIN DAN TAJ INTERNATIONAL COLLEGE
  35. KEMPEN INFAK KARPET BARU PEJABAT BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN ADDIN
  36. DELEGASI UIN SALATIGA INDONESIA ADAKAN KUNJUNGAN RASMI KE YAYASAN ADDIN, MATERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU)
  37. MENYAMBUT BULAN BARAKAH: UCAPAN SALAM 1 ZULHIJJAH DARIPADA YAYASAN ADDIN
  38. KUNJUNGAN HORMAT TAJ INTERNATIONAL COLLEGE KE YAYASAN ADDIN
  39. SELAMAT HARI GURU DARIPADA YAYASAN ADDIN
  40. UCAPAN TAHNIAH DAN SELAMAT BERTUGAS KEPADA PENGARAH BAHARU DARUL QURAN JAKIM
  41. KELEBIHAN BULAN ZULKAEDAH
  42. 2 CAWANGAN MTQ ADDIN TERPILIH JALANI AUDIT STANDARD PENGIKTIRAFAN TAHFIZ MALAYSIA (SPTM)
  43. SELAMAT HARI IBU DARIPADA YAYASAN ADDIN
  44. SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA
  45. SELAMAT HARI KESEDARAN AUTISME SEDUNIA
  46. TAHNIAH DAN SYABAS SEMUA PELAJAR SPM 2025
  47. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
  48. ENAM BUAH MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN TELAH BERJAYA MENERIMA PENTAULIAHAN SEBAGAI PUSAT PEMBELAJARAN BERTAULIAH (PPB)
  49. SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN
  50. KELULUSAN PERMOHONAN PENTAULIAHAN SEBAGAI PUSAT PEMBELAJARAN BERTAULIAH (PPB) BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM SIJIL PERAKUAN HAFAZAN BERTAHAP (SPHB)
  51. LAWATAN TAPAK PANEL SIJIL PERAKUAN HAFAZAN BERTAHAP (SPHB) DARUL QURAN KE PUSAT PEMBELAJARAN BERTAULIAH (PPB)
  52. SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK
  53. MAJLIS KONVOKESYEN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN KALI KE - 13
  54. SALAM ISRAK DAN MIKRAJ
  55. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2026
  56. SELAMAT MENYAMBUT BULAN REJAB
  57. HARI TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI 2026 KALI KE-2
  58. UCAPAN TAKZIAH DAN SIMPATI KEPADA SEMUA MANGSA YANG SEDANG DIUJI DENGAN MUSIBAH BANJIR
  59. KARNIVAL MYTAHFIZ SKILLS MICRO CREDENTIAL STAN ALONE PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2025
  60. 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐌𝐔𝐃𝐔𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔
  61. KARNIVAL MARA AUTOMOTIVE ECOSYSTEM 2025 (MATEC)
  62. DIRGAHAYU TUANKU
  63. PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2025
  64. PEPERIKSAAN SIJIL PERAKUAN HAFAZAN BERTAHAP (SPHB) SIRI 2 TAHUN 2025
  65. KUNJUNGAN HORMAT PASTI BESTARI GONG BADAK TERENGGANU KE YAYASAN ADDIN
  66. PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU 2026
  67. SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA
  68. SALAM MAULIDUR RASUL
  69. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KALI KE-68
  70. SELAMAT HARI PAHLAWAN
  71. HARI ASYURA
  72. SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM
  73. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA
  74. CUTI PENGGAL 1 DAN CUTI HARI RAYA AIDILADHA
  75. SELAMAT HARI GURU
  76. SELAMAT HARI PEKERJA
  77. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
  78. SALAM NUZUL AL-QURAN
  79. SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN MUBARAK
  80. HARI MEMPERINGATI PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
  81. UJIAN SARINGAN MUSABAQAH HAFAZAN AL-QURAN 2025
  82. UJI BAKAT MUSABAQAH HAFAZAN AL-QURAN 2025
  83. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2025
  84. PERTANDINGAN MY TAHFIZ SKILLS
  85. MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM NEGERI PERAK TAHUN 2024
  86. DIRGAHAYU TUANKU
  87. SELAMAT HARI MALAYSIA
  88. SALAM MAULIDUR RASUL
  89. SELAMAT HARI MERDEKA
  90. PROGRAM KULIAH PENGABDIAN MASYARAKAT
  91. PROGRAM SMARTPHONE PHOTOGRAPHY
  92. SELAMAT HARI PAHLAWAN
  93. JELAJAH KEMBARA MAHABBAH ILMU
  94. PROJEK PENYELENGGARAAN SERTA BAIK PULIH TANDAS
  95. SELAMAT MENYAMBUT MUHARRAM
  96. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
  97. SEMINAR TVET TAHFIZ
  98. HARI KEPUTERAAN YANG DI PERTUAN AGONG
  99. KEJOHANAN SMAS TAEC FENAS KE 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN
  100. MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN
  101. IHTIFAL HUFFAZ 2024
  102. SELAMAT HARI GURU
  103. SELAMAT HARI IBU
  104. KURSUS JURULATIH UTAMA FEQAH 1.0
  105. KURSUS PEMANTAPAN PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
  106. SIARAN AKHBAR MENGENAI PERLANTIKAN PENGERUSI MAJLIS HAL EHWAL AGAMA ISLAM (MKI)
  107. HIJAUKAN BUMI, SELAMATKAN GENERASI AKAN DATANG.
  108. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
  109. 10 MALAM TERAKHIR DI BULAN RAMADAN
  110. SALAM NUZUL QURAN
  111. TAHNIAH DIUCAPKAN BUAT SELURUH CAWANGAN MAAHAD TAHFIZ ADDIN
  112. LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MTQ ADDIN VOKASIONAL 20
  113. DAULAT TUANKU
  114. PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM TVET TAHFIZ DAN ILP ULUL ALBAB IKDAR
  115. SEKALUNG TAHNIAH BUAT TUAN HAJI MOHD SABRI BIN NORDIN - KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN ADDIN
  116. FESTIVAL SUKAN & KESENIAN ISLAM 2023 YAYASAN ADDIN
  117. MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN SARE ANTARA YAYASAN ADDIN DAN YAYASAN WIBA PRIMA
  118. MAJLIS KONVOKESYEN SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL PERINGKAT NEGERI PERAK
  119. YANG DIPERTUA BAHARU PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
  120. MY TAHFIZ SKILLS 2023
  121. PEMENANG TAHFIZ SKILLS 2023
  122. LAWATAN AKADEMI BINAAN MALAYSIA
  123. MALAYSIA QURAN HOUR
  124. KEM MOTIVASI BERSAMA STAND UP TRAINING & COSULTANCY
  125. PERTANDINGAN MENULIS AL-QURAN 30 JUZUK
  126. PROGRAM ORIENTASI GIATMARA LUMUT 2023
  127. PROGRAM KESELAMATAN DAN SURVIVAL TAHFIZ VOKASIONAL ADDIN
  128. PROGRAM CSR KEMBARA INSANIAH BERSAMA TVA DAN MTQ ADDIN 24
  129. KUNJUNGAN HORMAT KE KOLEJ KEDA
  130. MESYUARAT PENGETUA TVA KALI KE 3
  131. LAWATAN KERJA KE MTQAV 05 PENGKALAN HULU
  132. LAWATAN KERJA TVA KE IKM SIK KEDAH
  133. LAWATAN KERJA TVA KE LADANG KOGAHAD
  134. LAWATAN KERJA TVA BERSAMA KOGAHAD ( KOPERASI GABUNGAN USAHA TANI KUALA KANGSAR BERHAD )
  135. PROGRAM IHYA RAMADHAN SEKOLAH RENDAH AGAMA RAKYAT ORANG ASLI (SRAROA) NURUL HIKMAH BERSAMA TAHFIZ ADDIN VOKASIONAL
  136. KOLABORATIF YAYASAN ADDIN BERSAMA KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK
  137. SAMBUTAN NUZUL QURAN 1443 H PERINGKAT TAHFIZ VOKASIONAL ADDIN
  138. LAWATAN MESRA KETUA PENYELARAS KE MTQAV 20 BAGAN DATUK
  139. LAWATAN MESRA KETUA PENYELARAS KE MTQAV 18 BATU KURAU
  140. PELAJAR KHATAM 30 JUZUD MTQAV 18 BATU KURAU
  141. CAWANGAN MTQAV TERBAIK DALAM MELAHIRKAN PELAJAR LULUS PRA SYAHADAH 2021
  142. PERJALANAN PELAJAR PRAKTIKAL DI ADDIN AUTO PARTS
  143. PELAJAR KHTAM 30 JUZUD MTQAV 18 BATU KURAU
  144. PENYERAHAN MIFTAHUL MELAYU KEPADA MTQAV 18 BATU KURAU
  145. PELAJAR PRAKTIKAL MTQAV 19 LEKIR
  146. PROJEK PEMBANGUNAN MTQAV 20 BAGAN DATUK
  147. KEMASUKKAN PELAJAR BARU MTQAV 19 LEKIR
  148. PELAJAR KHATAM MTQAV 19 LEKIR
  149. TARIKH KEMASUKKAN PELAJAR MTQAV TAHUN 2022
  150. PEMBINAAN MTQAV LEKIR 95% SIAP
  151. KELAS PERDANA PRAKTIKAL KIMPALAN
  152. KELAS PERDANA SUBJEK DRAWING ( IKM LUMUT )
  153. PELAJAR TVET-TAHFIZ (IKM LUMUT) BERKHUTBAH JUMAAT 19/11/2021
  154. KURSUS MELAKSANAKAN KHIDMAT PELANGGAN
  155. KELAS TUISYEN SPM MTQAV 20 BAGAN DATUK
  156. BERITA TERKINI PENAZIRAN AL QURAN
  157. BERITA TERKINI PENAZIRAN AL QURAN
  158. PELAJAR TVET-TAHFIZ (IKM LUMUT) BERKHUTBAH JUMAAT
  159. TARIKH KEMASUKKAN PELAJAR TAHFIZ VOKASIONAL ADDIN
  160. PROGRAM TAHFIZ TVET IKM
  161. TEMUDUGA CTRM
  162. SALAM MAULIDUR RASUL
  163. LALUAN PELAJAR TAHFIZ KE PENGAJIAN TEKNIKAL
  164. KEJAYAAN BEKAS PELAJAR MTQ ADDIN VOKASIONAL
  165. TVET-TAHFIZ VOKASIONAL
  166. SESI TAKLIMAT PELAJAR IKM LUMUT
  167. KEMASUKAN PELAJAR MTQAV 19 LEKIR
  168. TAWARAN KEMASUKKAN KE PROGRAM KEMAHIRAN TEKNOLOGI KOMPENTESI KIMPALAN
  169. PENGAMBILAN PELAJAR BARU 2022 LEKIR
  170. PENGAMBILAN PELAJAR TAHUN 2022 PENGKALAN HULU
  171. KEJAYAAN PELAJAR MTQ ADDIN VOKASIONAL
  172. UJIAN PRA SYAHADAH 6 JUZUK
  173. SEMBANG SANTAI BERSAMA USTAZ ISMAIL BIN ZAINAL ABIDIN
  174. PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI 2022 MTQAV 18 BATU KURAU
  175. PENGAMBILAN PELAJAR SESI 2022 MTQAV 20 TANJUNG BAYAN
  176. TAWARAN PELAJAR TAHFIZ KE IKM LUMUT
  177. TEMUDUGA KE PROGRAM DIPLOMA TEKNOUSAHAWAN
  178. SPM 2020 TANJUNG BAYAN BAGAN DATUK
  179. SUMBANGAN PENGURUSAN TAHFIZ VOKASIONAL
  180. JOM BERWAQAF
  181. DIPLOMA TEKNOUSAHAWAN PENYEJUKAN & PENYAMANAN UDARA SESI MEI 2021
  182. SUMBANGAN PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN TAHFIZ VOKASIONAL ADDIN
  183. CSR KHIDMAT MASYARAKAT MTQV 19 LEKIR
  184. MENDISIPLINKAN DAN MEMBUDAYAKAN PELAJAR MTQV 19 LEKIR DENGAN SILAT
  185. MAKLUMAT PELAJAR KHATAM AL QURAN TAHFIZ VOKASIONAL ADDIN BULAN FEBRUARI 2020
  186. TAKLIMAT PISH 2020 BERSAMA KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK
  187. PROGRAM MEMBERSIHKAN MUZIUM SIPUT TELUK BATIK PERAK.
  188. KURSUS TEKNOLOGI KOMPUTER
  189. RAKAMAN PENGHARGAAN ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI SU POLITIK MENTERI DI JPM
  190. ANDALAH WIRA KAMI
  191. MAKLUMAT PELAJAR KHATAM AL QURAN TAHFIZ VOKASIONAL ADDIN BULAN MAC 2020
  192. MAKLUMAT PELAJAR KHATAM AL QURAN TAHFIZ VOKASIONAL ADDIN BULAN APRIL 2020
  193. PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA
  194. PENGUMUMAN PEMBUKAAN SEMULA MTQ ADDIN
  195. PELAJAR KHATAM BULAN JULAI 2020
  196. KORBAN TANJUNG BAYAN 2020
  197. TAHNIAH...ALHAMDULILLAH PELAJAR KHATAM 30 JUZ ALQURAN
  198. WARNA BARU TANJUNG BAYAN
  199. TAHFIZ VOKASIONAL ADDIN 2020
  200. MAJLIS SERAHAN ZAKAT YAYASAN ADDIN 2020
  201. SALAM MAAL HIJRAH 1442
  202. TAHNIAH SEORANG LAGI PELAJAR KHATAM 30JUZ AL QURAN
  203. PERSEMBAHAN SILAT DARIPADA VOKASIONAL LEKIR
  204. TAHNIAH YBHG. TAN SRI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
  205. PERBINCANGAN LANJUT MENGENAI HARLEY DAVIDSON
  206. SUKAN DALAMAN VOKASIONAL LEKIR
  207. BAKAL USAHAWAN YAYASAN ADDIN
  208. ADDIN AUTO PARTS
  209. KHATAM 30 JUZ VOKASIONAL ADDIN LEKIR
  210. KURSUS- KURSUS TEKNOLOGI VOKASIONAL ADDIN LEKIR
  211. TAHFIZ VOKASIONAL ADDIN 2021
  212. HARI PENDAFTARAN VOKASIONAL ADDIN LEKIR 2021
  213. IKLAN PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU TVET KPD LEPASAN TAHFIZ
  214. AKTIVITI MASA LAPANG DI MTQV18 ANAK KURAU
  215. MAKLUMAT KHATAM AL QURAN TAHFIZ VOKASIONAL ADDIN BULAN JANUARI 2020
  216. TAHSINUL QURAN PERINGKAT MTQADV 20 TANJUNG BAYAN
  217. TAKLIMAT PISH 2020 MTQADV20 TANJUNG BAYAN BERSAMA KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK
  218. GOTONG-ROYONG MTQADV20
  219. HARI PENDAFTARAN PELAJAR SESI 2020
  220. MINGGU ORENTASI MTQADV20 TANJUNG BAYAN
  221. HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU BAGI SESI 2020
  222. ANUGERAH USAHAWAN POPULAR 2019
  223. MAJLIS PENGHARGAAN SUKARELAWAN 2019 PERSATUAN KEMBARA INSANIAH MTQ ADDIN
  224. TEMUDUGA SESI TAHUN 2020
  225. TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR 2020
  226. IKLAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU 2020
  227. TEMUDUGA TERBUKA TAHFIZ VOKASIONAL ADDIN
  228. KURSUS KECANTIKAN WAJAH BERSAMA MARY KAY
  229. KONVOKESYEN KALI KE-11 MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN
  230. LAWATAN KERJA KE IKM ALOR SETAR DAN IKM SIK KEDAH
  231. ZIARAH DAN UNDANGAN KOMUNITI SETEMPAT
  232. JOM BERSEDEKAH & PERBANYAKKAN SELAWAT
  233. PROGRAM CSR DI SITIAWAN
  234. TAHNIAH DIATAS PERLANTIKAN CEO MAIPK YANG BARU
Image Banner

PELAJAR MTQ ADDIN SELESAI MENDUDUKI UJIAN SPHB JAKIM, SEMUA SELAMAT TIBA DI MTQ MASING-MASING

IPOH, 3 Oktober 2026 – Alhamdulillah, semua pelajar Maahad Tahfiz al-Quran (MTQ) ADDIN yang menduduki Ujian Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada Sabtu, 3 Oktober 2026, di Darul Quran JAKIM telah selesai menjalani ujian tersebut.

Lebih membanggakan, semua pelajar telah selamat tiba di MTQ ADDIN masing-masing selepas selesai menduduki ujian berkenaan. Perkara ini mencerminkan kelancaran perjalanan program yang melibatkan penyertaan pelajar dari beberapa cawangan MTQ ADDIN.

Sehubungan itu, Yayasan ADDIN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru pengiring serta urus setia yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan khidmat bakti dalam memastikan perjalanan program serta pelaksanaan ujian SPHB JAKIM berjalan dengan lancar.

Penghargaan turut diberikan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menguruskan perjalanan pelajar, sekali gus memastikan kebajikan dan keselamatan mereka sentiasa diberikan perhatian sepanjang program berlangsung.

Yayasan ADDIN berharap agar segala usaha, persediaan dan kesungguhan yang dicurahkan oleh para pelajar dalam menghadapi ujian ini membuahkan hasil yang membanggakan. Semoga mereka terus istiqamah dalam menghafaz, memelihara dan mengamalkan al-Quran sebagai panduan hidup.

Semakan keputusan ujian SPHB JAKIM dijadualkan pada 4 Disember 2026.

Semoga Allah SWT mengurniakan kejayaan kepada semua pelajar serta memberkati usaha para guru dan seluruh warga MTQ ADDIN dalam melahirkan generasi huffaz yang cemerlang dunia dan akhirat.

 

BKPYA

DR004

 

LAGI

WAN NUR BALQIS UKIR KEJAYAAN PRA SYAHADAH 10 JUZUK, RAIH JAYYID JIDDAN

TAPAH, 1 Oktober 2026 – Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kejayaan Wan Nur Balqis binti Wan Abdul Muttalib, pelajar MTQ ADDIN 4 Tapah, yang telah memperoleh keputusan Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Pra Syahadah bagi hafazan 10 juzuk al-Quran pada 1 Oktober 2026.

Pencapaian ini merupakan satu langkah bermakna dalam perjalanan beliau mendalami dan menghafaz kalam Allah SWT. Kejayaan tersebut mencerminkan kesungguhan, disiplin serta ketekunan pelajar dalam memelihara hafazan, di samping komitmen berterusan dalam menuntut ilmu al-Quran.

Kejayaan ini turut dibimbing oleh Ustaz Muhammad Muntazir bin Mohd Ithnin selaku guru pembimbing yang memainkan peranan penting dalam memberikan tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan sepanjang proses persediaan hafazan. Dedikasi guru dalam mendidik dan membimbing pelajar menjadi antara usaha penting dalam melahirkan generasi huffaz yang cemerlang.

Dalam masa yang sama, sokongan dan doa ibu bapa, bimbingan Pengetua MTQ ADDIN 4 Tapah serta komitmen seluruh warga guru turut menjadi sebahagian daripada kekuatan yang menyokong perjalanan pendidikan dan hafazan beliau.

Yayasan ADDIN merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Wan Nur Balqis atas pencapaian yang membanggakan ini. Ucapan penghargaan turut ditujukan kepada Ustaz Muhammad Muntazir bin Mohd Ithnin, ibu bapa, Pengetua MTQ ADDIN 4 Tapah serta seluruh guru yang sentiasa memberikan sokongan, bimbingan dan komitmen dalam mendidik para pelajar.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk Wan Nur Balqis meneruskan hafazan dengan lebih tekun, memperkukuh penguasaan al-Quran serta melangkah ke peringkat seterusnya dengan penuh istiqamah.

Mudah-mudahan Allah SWT memberkati setiap usaha, mengurniakan kekuatan dalam menuntut ilmu dan menjadikan al-Quran sebagai cahaya kehidupan, panduan akhlak serta syafaat buat dirinya dan kedua-dua ibu bapanya di akhirat kelak.

Tahniah Wan Nur Balqis! Terus melangkah dengan al-Quran, semoga lahir sebagai hafizah yang bukan sahaja cemerlang hafazannya, malah indah akhlak dan peribadinya.

 

BKPYA

DR004

 

LAGI

MTQ ADDIN 15 CEMERLANG DI IHTIFAL TAHFIZ DAERAH MUALLIM 2026

SLIM VILLAGE, 28 September 2026 – Maahad Tahfiz al-Quran (MTQ) ADDIN 15 mencatatkan pencapaian membanggakan dalam Pertandingan Ihtifal Tahfiz Daerah Muallim yang berlangsung pada 28 September 2026 bertempat di Maahad Tahfiz Al Hilmi, Slim Village.

Penyertaan MTQ ADDIN 15 dalam pertandingan anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Muallim dengan kerjasama Persatuan Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Perak (Muallim) itu membuahkan hasil apabila para pelajar berjaya membawa pulang beberapa pencapaian cemerlang dalam acara yang dipertandingkan.

Antara kejayaan yang diraih ialah Johan Acara Tilawah menerusi Muhammad Farel bin Amin Munjirin.

Kecemerlangan MTQ ADDIN 15 turut diteruskan apabila Muhammad Adam bin Ismail dan Muhammad Mujahid bin Mohd Adhar masing-masing berjaya meraih Johan Acara Azan dan Khutbah.

Sementara itu, Ahmad Hasan bin Ismail turut mencatatkan pencapaian membanggakan apabila dinobatkan sebagai Naib Johan Acara Hafazan 1–8 Juzuk.

Pencapaian ini menjadi bukti komitmen dan kesungguhan para pelajar dalam memperkukuh penguasaan al-Quran serta kemahiran berkaitan ilmu agama, di samping hasil bimbingan berterusan para guru dan sokongan pihak pengurusan MTQ ADDIN 15.

Yayasan ADDIN merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pelajar MTQ ADDIN 15 yang telah mengharumkan nama institusi melalui pencapaian yang membanggakan ini.

Penghargaan turut ditujukan kepada Pengetua MTQ ADDIN 15, barisan guru serta seluruh warga MTQ ADDIN 15 atas segala usaha, bimbingan dan komitmen dalam membentuk serta membimbing para pelajar sehingga mampu menyerlah dalam pertandingan.

Yayasan ADDIN juga merakamkan penghargaan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Muallim dan Persatuan Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Perak (Muallim) selaku penganjur atas usaha menjayakan Ihtifal Tahfiz Daerah Muallim 2026 sebagai wadah untuk mencungkil bakat, memperkasa penguasaan al-Quran dan menyemarakkan budaya kecemerlangan dalam kalangan generasi huffaz.

Semoga kejayaan ini menjadi suntikan semangat kepada seluruh warga MTQ ADDIN 15 untuk terus melangkah dengan lebih cemerlang serta menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.

Tahniah dan syabas MTQ ADDIN 15! Semoga terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama Yayasan ADDIN.

 

BKPYA

DR004

LAGI

TIRAI FESTIVAL SUKAN ADDIN 2026 (LELAKI) DILABUHKAN, MTQ ADDIN 4 TAPAH UKIR KEGEMILANGAN SEBAGAI JUARA KESELURUHAN

BATU GAJAH, 26 September 2026 – Tirai Festival Sukan ADDIN 2026 akhirnya dilabuhkan selepas berlangsungnya dua siri kejohanan melibatkan kategori perempuan dan lelaki yang menghimpunkan para pelajar MTQ ADDIN dalam suasana penuh semangat kesukanan, persaingan sihat dan ukhuwah.

Festival Sukan ADDIN 2026 terlebih dahulu membuka gelanggang bagi kategori perempuan pada 20 September 2026 bertempat di SMK Tun Perak, Padang Rengas. Sebanyak empat acara dipertandingkan iaitu bola jaring, bola tampar, badminton dan pingpong.

Saingan kategori perempuan menyaksikan MTQ ADDIN 13 Kg Buaia dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Festival Sukan ADDIN 2026 (Perempuan) selepas mempamerkan prestasi membanggakan sepanjang kejohanan.

Kemuncak festival diteruskan menerusi kategori lelaki pada 26 September 2026 bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Batu Gajah. Pelbagai acara dipertandingkan merangkumi futsal bawah 15 tahun, futsal bawah 18 tahun, badminton perseorangan dan beregu, pingpong perseorangan dan beregu, bola tampar serta sepak takraw.

Dalam saingan yang berlangsung penuh bertenaga itu, MTQ ADDIN 4 Tapah berjaya mengungguli keseluruhan pertandingan dan dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Festival Sukan ADDIN 2026 (Lelaki).

Majlis penutupan Festival Sukan ADDIN 2026 (Lelaki) telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan ADDIN, Tuan Haji Mohd Sabri bin Nordin, sebagai tanda sokongan dan penghargaan terhadap usaha menjadikan sukan sebagai salah satu medium pembangunan sahsiah dan potensi pelajar.

Lebih daripada sekadar mengejar kemenangan, Festival Sukan ADDIN 2026 menjadi medan untuk para pelajar mengasah disiplin, kepimpinan, kerjasama berpasukan, daya tahan serta semangat juang, di samping mengeratkan ukhuwah antara warga MTQ ADDIN.

Yayasan ADDIN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah Program, Ustaz Megat Firdaus bin Megat Basri, seluruh barisan urusetia, guru-guru MTQ ADDIN, para ibu bapa, serta semua penaja dan penyumbang yang telah memberikan komitmen, sokongan dan sumbangan dalam memastikan Festival Sukan ADDIN 2026 dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tahniah diucapkan kepada MTQ ADDIN 13 Kg Buaia dan MTQ ADDIN 4 Tapah atas kejayaan masing-masing sebagai juara keseluruhan kategori perempuan dan lelaki. Syabas juga kepada seluruh peserta yang telah memberikan aksi terbaik dan menjunjung tinggi semangat kesukanan sepanjang festival.

Semoga segala pengalaman, semangat perjuangan dan ukhuwah yang terjalin sepanjang Festival Sukan ADDIN 2026 terus menjadi kenangan bermakna serta menyumbang kepada pembentukan generasi pelajar ADDIN yang berdisiplin, berdaya saing dan unggul dalam sahsiah serta pencapaian.

Lensa sekitar Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah Festival Sukan ADDIN 2026 (Lelaki) : KLIK SINI

 

BKPYA

DR004

LAGI

DARI ALUMNI ADDIN KE PENTAS KONVOKESYEN, TAHNIAH MUHAMMAD SYAHIR IFWAT!

IPOH, 25 SEPTEMBER 2026 – Setiap perjalanan pendidikan pasti mempunyai cerita dan kenangan yang tersendiri. Buat Muhammad Syahir Ifwat bin Mohd Yusak, perjalanan tersebut bermula di institusi pendidikan ADDIN sebelum diteruskan ke peringkat pengajian tinggi dan akhirnya membawa beliau ke pentas konvokesyen.

Syahir merupakan alumni menengah rendah MTQ ADDIN 3 Kuala Kangsar sebelum meneruskan pendidikan menengah atas di SMT ADDIN Malim Nawar. Sepanjang berada dalam sistem pendidikan ADDIN, beliau turut berjaya menghabiskan hafazan 30 juzuk al-Quran, satu pencapaian yang menjadi sebahagian penting dalam perjalanan pendidikan dan pembentukan dirinya.

Selepas menamatkan pendidikan di peringkat menengah, Syahir meneruskan langkah ke Politeknik Ungku Omar (PUO) dalam bidang Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Kesungguhan yang dibawa sejak di bangku persekolahan akhirnya membuahkan hasil apabila beliau berjaya menamatkan pengajian dalam bidang tersebut.

Detik istimewa itu diraikan menerusi Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Tengah 2026 yang berlangsung dari 24 September hingga 1 Oktober 2026.

Daripada seorang anak didik di MTQ ADDIN 3 Kuala Kangsar, meneruskan pengajian di SMT ADDIN Malim Nawar, melengkapkan hafazan 30 juzuk al-Quran, sehinggalah berjaya menggenggam diploma dalam bidang kejuruteraan, perjalanan Syahir menjadi satu kisah yang membanggakan buat keluarga dan seluruh warga Yayasan ADDIN.

Kisah ini turut memperlihatkan bahawa pendidikan bukan sekadar tentang pencapaian akademik, tetapi turut merangkumi pembentukan sahsiah, penghayatan al-Quran dan kemahiran yang menjadi bekalan untuk melangkah ke alam kehidupan yang lebih luas.

Yayasan ADDIN mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad Syahir Ifwat bin Mohd Yusak atas pencapaian yang telah diraih. Semoga ilmu, kemahiran dan al-Quran yang menjadi sebahagian daripada perjalanan pendidikannya terus menjadi panduan dalam menempuh fasa kehidupan seterusnya.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada para pelajar ADDIN untuk terus berusaha, menuntut ilmu dan membina masa depan dengan penuh keyakinan.

 

BKPYA

DR004

LAGI

BENGKEL TAHSIN AL-QURAN PERKUKUH PENGUASAAN TAJWID DAN TARANNUM WARGA MTQ ADDIN VOKASIONAL 20 TANJUNG BAYAN

TANJUNG BAYAN, 18 September 2026 – MTQ ADDIN Vokasional 20 Tanjung Bayan telah menganjurkan Bengkel Tahsin Al-Quran: Bengkel Pemantapan Ilmu Tajwid & Tarannum sebagai salah satu usaha berterusan dalam memperkukuh penguasaan ilmu al-Quran dalam kalangan warga maahad.

Program yang berlangsung pada 18 September 2026, dari jam 8.00 malam hingga 10.00 malam itu bertempat di Surau MTQ ADDIN Vokasional 20 Tanjung Bayan dan dikendalikan oleh penceramah jemputan, AF Ustaz Fariss Na’im bin Abd Rasid.

Bengkel ini memberi penekanan kepada aspek pemahaman dan penghayatan ilmu tajwid, teknik asas tarannum, latihan bacaan serta bimbingan secara langsung kepada para peserta. Pendekatan secara praktikal turut memberi peluang kepada peserta memperbaiki bacaan al-Quran dari aspek sebutan huruf, makhraj, sifat huruf dan pengaplikasian hukum tajwid.

Antara objektif utama penganjuran bengkel ini adalah untuk memantapkan kefahaman peserta terhadap asas dan aplikasi hukum tajwid, meningkatkan ketepatan bacaan serta memperkenalkan dan memperkukuh teknik asas tarannum dalam bacaan al-Quran.

Selain itu, program ini turut memberi ruang kepada para peserta mengikuti demonstrasi, latihan dan bimbingan secara langsung, sekali gus membantu membina keyakinan untuk membaca al-Quran dengan lebih baik, teratur dan beradab.

Penganjuran bengkel ini juga menjadi salah satu medium dalam menyemarakkan budaya pengajian, penghayatan dan pengamalan al-Quran dalam kehidupan warga maahad. Usaha sedemikian amat penting bagi memastikan ilmu al-Quran bukan sekadar dipelajari, malah dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

Yayasan ADDIN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pihak pengurusan MTQ ADDIN Vokasional 20 Tanjung Bayan, para guru, urus setia serta seluruh peserta yang telah menjayakan program tersebut.

Penghargaan turut diberikan kepada AF Ustaz Fariss Na’im bin Abd Rasid atas kesudian berkongsi ilmu, memberikan tunjuk ajar serta membimbing para peserta dalam usaha memperkemas dan memperelokkan bacaan al-Quran.

Yayasan ADDIN berharap agar usaha seperti ini dapat diteruskan secara berkesinambungan sebagai sebahagian daripada usaha melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik dan kemahiran vokasional, bahkan memiliki kecintaan yang mendalam terhadap al-Quran.

Semoga ilmu dan bimbingan yang diperoleh melalui bengkel ini memberikan manfaat kepada seluruh warga MTQ ADDIN Vokasional 20 Tanjung Bayan serta menjadi asbab untuk para pelajar semakin dekat dengan al-Quran, mencintainya dan terus berusaha memperbaiki bacaan serta penghayatannya dalam kehidupan.

 

BKPYA

DR004

LAGI

Image News
Image News
Image News
Image Banner