:
INFO CAWANGAN LEKIR


MTQ ADDIN VOKASIONAL 19 LEKIR
 
Maahad Tahfiz al Quran Wal-Qiraat ADDIN 19 Vokasional Ar Rahmaniah Bt. 8 Lekir 32020 Sitiawan Perak Darul Ridzuan
 
Tahun penubuhan : 2018 ( Tahfiz Vokasional )
 
Cawangan yayasan ADDIN:
 
- 24 cawangan keseluruhan
- 4 darinya Vokasional
- Cawangan Vokasional Lelaki di MTQAV 19 Bt.8 Lekir
Kelayakan pelajar ke MTQAV 19 Lekir:
- Lelaki sahaja
- Berusia 16 hingga 19 tahun
- Tempoh pembelajaran maksimum 2 tahun
- Minat Menghafal Al-Quran.
- Minat bidang kemahiran.
- Tidak Merokok dan Berakhlak mulia
 
Pembelajaran yg ada di MTQAV 19 Lekir:
 
1. Tahfiz (Hafazan dan ulangan Al-Quran) teori dan praktikal 50%.
2. Bidang Kemahiran (1.Teknologi Motosikal 2. Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara 3. Teknologi Binaan) dengan kerjasama GIATMARA LUMUT) teori dan praktikal 40%.
3. Addiniah ( klinik tajwid/talaqi, klinik khat, fiqh sunnah, ilmu dakwah, tasawwuf/akhlak, praktikal solat, praktikal jenazah, dan praktikal sembelihan, praktikal haji) teori dan praktikal 10%.
 
Sijil yang disediakan:
 
-Sijil hafazan ( khatam / Shahadah )
-Sijil kemahiran SKM Tahap 2 dan Tahap 3
-Sijil-sijil Khusus Kemahiran Jangka masa Pendek cth Khusus mengunting rambut, khusus menjahit Jala dan pukat, khusus simenfero dll.
 
Antara aktiviti-aktiviti didalam dan diluar MTQAV 19 Lekir:
 
- Persilatan yg Bernaung dibawah Pertubuhan Silat Gabungan Nusantara
- Pertandingan sukan pingpong, badminton, takraw, Futsal, Bola Padang, karem, Saidina, catur, dll
- Sukarelawan yg bernaung di bwh Persatuan Kelab Kembara Insaniah Perak (menziarahi Hospital dll)
- Aktiviti-aktiviti Bersama pelajar Awal Tahun dan Akhir tahun di Teluk Batik.
 
Pencapaian MTQAV 19 Lekir:
 
-2018; melahirkan Seorang pelajar Hafiz dan lulus ujian khatam.
-2019; melahirkan 02 orang pelajar Hafiz dan lulus ujian khatam.
-2019; Juara dalam Persatuan Kelab Kembara Insaniah Perak
-2020; melahirkan 08 orang pelajar Hafiz 08 orang lulus ujian khatam
-2020; Berjaya melahirkan seorang pelajar mewakil Tahfiz Vokasional dalam Pra Syahadah.
-2020; Seorang Pelajar telah berjaya menyambung pengajian Diploma Perguruan Haji dan Umrah di bwh KPBKL.
 
Kolaboratif:
 
Pada Januari 2018, Yayasan Pendidikan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN Perak
( Yayasan ADDIN ) mengorak langkah maju kedepan dengan memeterai perjanjian persefahaman dengan GIATMARA Negeri bagi teori dan kemahiran serta mendapatkan tenaga pakar untuk tujuan pengajaran kemahiran yang telah ditetapkan. Selain itu, lanjutan bagi pelajar lepasan MTQAV 19 boleh menyambung pengajian kemahiran di IKM sik Kedah, IKM Lumut serta IKM kuala Lumpur begitu juga untuk mengambil SPM ( fast track ) di USAS Kuala Kangsar, walau bagaimana pun Yayasan ADDIN tetap berusaha penyediakan peluang Penyambungan pengajian diploma yang menawarkan tempat kepada pelajar yang berkelayakan dan berminat mengambil Diploma Tahfiz Qiraat serta bidang kamahiran yang disediakan di tempat pengajian tersebut.
Yayasan ADDIN juga telah bersedia untuk bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan bagi melaksanakan agenda Pendidikan Islam Sepanjang Hayat ( PISH ) yang dipengerusikan oleh EXCO Agama Perak iaitu menggabungkan bidang Tahfiz dan kemahiran dalam satu masa pengajian yang tersusun modul dan sukatan pelajarannya yang kita namakan sebagai Tahfiz Vokasional. (T-tvet)
 
hubungi kami untuk keterangan lanjut:
 
Pengetua MTQAV 19 Lekir
No. 17 Persiaran Bemban Raya 7, Taman Bemban Raya 31000 Batu Gajah, Perak
Tel: 019-5003430
Pej: 019-5003430 (Ustaz Mustafa Nur)
 
Atau
 
Pegawai Pendaftaran
Bahagian Pendidikan Yayasan ADDIN
80B, Jalan Lang Indah 1A,
Pusat Perniagaan Lang Indah
30010 Ipoh Perak
Tel: 0195749614 (Puan Adilah)