:
Objektif Penubuhan


Menubuhkan MTQ ADDIN Vokasional perlu dilaksanakan atas sebab-sebab berikut:

1.1 Menghidupkan wakaf tanah dan bangunan dengan aktiviti pengajian tahfiz al quran dan agama.


1.2 Menjadi harapan pelajar, ibu bapa dan ahli ahli Yayasan ADDIN serta masyarakat setempat mengenai perlu wujud institusi pendidikan Tahfiz Al-Quran dan Vokasional yang lebih sistematik dan diyakini dari sudut aspek pengurusannya dan kelayakannya.


1.3 Menjadi harapan sebilangan besar rakyat dan masyarakat Negeri Perak terhadap Yayasan ADDIN yang banyak pengalaman mengenai pengurusan institusi pendidikan Tahfiz Al-Quran.


1.4 Menyediakan peluang yang luas kepada pelajar-pelajar tempatan untuk melanjutkan pelajaran di Maahad Tahfiz dalam dua bidang iaitu Tahfiz al Quran dan Vokasional .


1.5 Bekerjasama dengan agensi kerajaan yang menyediakan latihan kemahiran yang diiktiraf pensijilannya.


1.6 Melahirkan usahawan bersahsiah tinggi.

1.7 Sebagai pusat latihan para pegawai masjid seperti imam para dai’ dan lain-lain.