:
KENALI%20TOKOH
Share:


 

BIOGRAFI PENGERUSI YAYASAN ADDIN

Pengerusi Yayasan ADDIN, Dato Sheikh Mohamah Nor bin Mansor D.P.M.P., A.M.P. merupakan anak kelahiran Kg. Sungai Keli, Hutan Melintang, Perak. Beliau memulakan kerjaya sebagai Imam Besar Masjid Negeri Perak pada tahun 1981. Pada tahun 1987, beliau telah dilantik sebagai Ketua Unit Kariah, Jabatan Agama Islam Perak. Beliau kemudian telah dilantikan sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Masjid pada tahun 1990 sehingga 2004 dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah pada tahun 2005. Pada tahun 2009, beliau telah dilantik Pengarah Jabatan Agama Islam Perak menggantikan Dato Jamry bin Sury.

Setelah tamat kontrak sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Dato Sheikh Mohamah Nor bin Mansor telah dilantik sebagai Pegawai Agama MAIPk pada 16 September 2011. Beliau merupakan orang pertama dilantik ke jawatan yang baru diwujudkan di MAIPk. Pelantikan beliau telah mendapat perkenan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak sebagai Yang Dipertua MAIPk.

Selain terlibat sebagai pengerusi Yayasan ADDIN, beliau juga mempunyai penglibatan yang luas di dalam masyarakat. Antaranya ialah menjadi Pengerusi Lujnah Tashih al Quran Kementerian Dalam Negeri, Anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, hakim Tilawah Al-Quran di peringkat negeri dan kebangsaan, jemputan khas di dalam rancangan-rancangan televisyen dan Radio 3 Perak, panel Forum Perdana Ehwal Islam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Perak dan Pengasas merangkap Pengerusi Lembaga Koperasi Masjid Perak KOMAS Berhad. Beliau juga merupakan Mantan Pengerusi dan Penasihat AJK Masjid Cina pada tahun 2013 hingga 2015.

Sekitar tahun 2014, bertarikh 4 Ogos 2014 , beliau telah diserang penyakit strok. Walau bagaimanapun , dalam keadaan yang agak lemah , beliau masih lagi memberi komitmen yang baik terhadap tanggungjawab yang di berikan.

Dato’ Sheikh Mohamah Nor Bin Mansor memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Keli , Hutan Melintang , Perak Darul Ridzuan pada tahun 1957 sehingga 1962. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Maahad Salahuddin , Sabak Bernam , Selangor Darul Ehsan yang kini dikenali sebagai Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Sekitar tahun 1970, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dato’ Sheikh telah ditawarkan menyambung pengajian peringkat dalam bidang hafazan Quran di Masjid Negara dengan tajaan penuh dari kerajaan negeri Perak. Pada tahun 1980, beliau telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda (B.A. Hons) Shoubra Al Azhar , Kaherah , Mesir. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dato’ Sheikh telah memulakan perkhidmatannya sebagai Imam Besar (gred s41) di Masjid Idris Shah II .

 

BIODATA 

 Maklumat Diri

Nama : Sahibul Fadhilah Dato’ Sheikh Mohamah Nor Bin Mansor Al-Hafiz DPMP.AMP

Tarikh Lahir : 10 Januari 1950

Tempat Lahir : Kampung Sungai Keli , Hutan Melintang , Perak

 

Pendidikan / Kelulusan

  1. Sekolah Kebangsaan Sungai Keli , Hutan Melintang , Perak Darul Ridzuan ( 1957-1962 )
  2. Maahad Salahuddin Abdul Aziz Shah , Sabak Bernam , Selangor Darul Ehsan 
  3. Diploma Maahad Tahfiz AlQuran Darul Quran ( JAKIM ) ( 1970-1973 )
  4. Ijazah Sarjana Muda ( B.A. Hons ) Shoubra Al Azhar , Kaherah , Mesir ( 1975-1980 )

 

 Darjah Kebesaran

  1. Darjah Paduka Mahkota Perak DPMP
  2. Ahli Mahkota Perak AMP

 

Pengalaman

  1. Imam Besar (gred S41) , Masjid Sultan Idris Shah II , ( Masjid Negeri Perak )
  2. Ketua Unit Kariah , Jabatan Agama Islam Perak, (gred S41) (1987-1990)
  3. Ketua Penolong Pengarah merangkap Imam Besar (gred S48), Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Perak (1990-2004)
  4. Imam Besar (gred S48-kontrak) , Masjid Sultan Idris Shah II , (2006-2008)
  5. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (1 Januari 2009-31 Disember 2011)
  6. Setiausaha , Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak ( 1 Januari 2009- 29 Mac 2010)
  7. Pegawai Agama , Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak

 

Penulisan

  1. Terjemah Tafsir Al Munir , Juz 27,28,29 (bersama Ahli Panel Persatuan Ulama’ Malaysia)
  2. Peranan Masyarakat Memakmurkan Masjid
  3. Fasohah Al Quran bagi kursus-kursus Tahsin Al Quran Qari dan Qariah
  4. Etika Hakim Tilawah Al Quran bagi hakim-hakim tilawah negeri Perak
  5. Teknik Khutbah Yang Berkesan
  6. Kaedah Membaca Al Quran dibawah program J-Qaf

 

Dato' Sheikh Mohamah Nor Bin Mansor merupakan antara ahli lujnah tashih al quran KDN 2008-2010

 

Sumbangan Beliau Dalam Pendidikan Tahfiz di Malaysia

  1. Mewujudkan Kelas Tahfiz Quran di Masjid Negeri Ipoh
  2. Menubuhkan Yayasan ADDIN Bagi Pendidikan Tahfiz Peringkat Menengah
  3. Mewujudkan Kelas-Kelas Pengajian Al-Quran di Masjid Dan Surau Seluruh Negeri Perak Berpusat di Masjid Negeri 
  4. Menggalakkan dan Menyokong Penubuhan Maahad Tahfiz Sebanyak Mungkin di Malaysia