:
Wakaf%20Al-Quran
Share:


     Setiap tahun, Yayasan ADDIN akan berusaha untuk menyediakan lebih kurang 400 naskhah Al-Quran bagi kegunaan hafazan para pelajar baharu MTQ ADDIN. Ini bertujuan untuk memastikan Al-Quran yang digunakan adalah selaras di seluruh di seluruh maahad kelolaan Yayasan ADDIN. 

     Walau bagaimanapun, kos keseluruhan untuk penyediaan Al-Quran secara percuma ini tidaklah sedikit. Dengan harga pasaran sebanyak RM40.00 bagi senaskhah Al-Quran saiz A5 berserta terjemahan, dianggarkan Yayasan ADDIN memerlukan sebanyak RM16,000.00 setahun untuk hasrat ini.

     Oleh itu, Yayasan ADDIN melalui syarikatnya ADDIN Global Enterprise ingin mempelawa para dermawan agar sudi membantu hasrat murni ini, dengan menyumbang seberapa sahaja nilai wang yang termampu. Marilah kita bersama-sama berbelanja untuk saham akhirat, sebagai pemberat timbangan amalan kita di sana kelak. InsyaAllah.

Salurkan sumbangan anda dengan hanya klik pada pautan berikut --> https://rebrand.ly/mmafm

atau, melalui akaun bank:

Maybank: ADDIN Global Enterprise

Nombor akaun: 5582 8431 0481

 

Jom berwakaf!