:
MTQ%20ADDIN%2004%20TAPAH
Share:


 

SEJARAH PENUBUHAN MTQ ADDIN 04 – TAPAH
https://maahadtahfizaddin.edu.my/diploma/

Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN 04 adalah sebuah Institusi Pendidikan Islam Swasta yang berasaskan kebajikan. Bidang hafazan Al Quran merupakan subjek teras di samping subjek pelajar agama dan pelajar akademik.

Maahad ini ditubuhkan pada tahun 2002 dengan menumpang di bangunan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kampung Lubuk Katak, Tapah sebagai asrama dan kelas pengajian. Pada bulan Mac 2010, maahad ini berpindah ke bangunan yang baru di alamat Kampung Jalan Kachu, 35000, Tapah, Perak.

Maahad ini merupakan cawangan yang ke-4 kepada Maahad Tahfiz ADDIN Malim Nawar. Pada tahun 2009 sekolah ini telah mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak dan memperolehi nombor pendaftaran ( JAIPk/TAHFIZ/BP.53/09 )

Aliran Pendidikan di MTQ ADDIN Tapah

  • Berumur tidak melebihi 21 tahun dan belum berkahwin.
  • Lulus SPM dengan syarat minimum Gred ‘C’ dalam mata pelajaran berikut:
    a) Bahasa Melayu
    b) Bahasa Arab
    c) Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam / Tasawwur Islam.
    d) LULUS Bahasa Inggeris
    e) LULUS Ujian Bertulis (Bahasa Arab dan Tajwid)
    f) LULUS Temuduga
    g) Mempunyai tahap kesihatan yang baik.

    Atau

  • Kelulusan yang diiktiraf dan setara dengan SPM (Calon Luar Negara)
  • Kelayakan khas yang diberikan kepada pelajar Orang Kelainan Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP) di
    Darul Quran adalah seperti berikut:
    a) Lulus matapelajaran Bahasa Arab dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya mendapat
    Gred ‘C’ sebelum tamat pengajian diploma / graduasi; dan
    b) Lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Maqbul dalam Program Sijil Asas Tahfiz Darul
    Quran / Sijil Tahfiz al-Quran Darul Quran bagi OKUMP

Untuk lebih lanjut berkenaan syarat kemasukan Klik Di sini

Pendaftaran boleh di buat secara atas talian Di sini

Alamat :

Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN
Kg Jalan Kachu
35000 Tapah
Perak

No. Tel : 05-401 8198 / 8199

Maklumat Akaun Sekolah :

Maybank   5581 2731 1303 atas nama ( Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN )