:
MTQ%20ADDIN%2012%20CHANGKAT%20CERMIN
Share:


Pewakaf: Haji Abu Bakar Bin Yusoff

Diwaqafkan kepada Yayasan ADDIN pada awal tahun 2013 oleh seorang Hamba Allah yang berhati mulia mewaqafkan sebidang tanah dengan ukuran 2 hekar tanah dan rumahnya untuk dijadikan sebuah Maahad Tahfiz iaitulah Tuan Haji Abu Bakar Bin Yusof . Pada 02.01.2014 bermula dengan rasminya pembukaan Maahad Tahfiz ADDIN 12 dengan pengambilan pelajar sulong lelaki seramai 36 orang yang terdiri dari pelbagai negeri terutamanya Negeri Perak . Maahad Tahfiz ADDIN 12 juga adalah bersebelahan dengan Masjid An Nuriah Kg. Changkat Chermin , dengan adanya Masjid yang berhampiran dengan Maahad Tahfiz memudahkan urusan anak - anak solat fardhu 5 waktu berjemaah dan juga solat Fardhu Jumaat . Hasrat Tuan pewaqaf juga adalah ingin melihat Masjid An Nuriah dapat diimarahkan dengan kehadiran anak - anak Tahfiz yang melazimi membaca dan menghafaz Al Quran lantas menjadikan susana Masjid sentiasa mesra Jemaah dan juga pelbagai aktiviti kerohanian . Sehingga kini 2023 Maahad Tahfiz ADDIN 12 telah menubuhkan pengambilan pelajar Perempuan buat kali pertama untuk memudahkan masyarakat berhampiran Daerah Perak Tengah dan Manjung memilih dan menghantar anak perempuan mereka belajar Al Quran disini .

Berdaftar dengan Jaipk pada 03 Mac 2015, dibawah nombor pendaftaran JAIPk/TAHFIZ/MG.76/15. 

Bilangan pelajar seramai 40 Lelaki dan 5 Perempuan. Kakitangan dan guru seramai 6 Guru Al Quran, 1 Guru Akademik, 2 orang Kerani Pentadbiran & 2 orang Juru Masak. Aktiviti pelajar Pertanian , aktiviti riadah , kadet berunifom Ko Kembara dan Kesatria, dan kelab memanah. Sesi pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Tahfiz, Madah dan Akademik. Mepunyai 3 bilik darjah dan 4 Halaqah Al Quran dan Asrama A 40 orang , Asrama C 36 orang , Asrama D 38 orang & Asrama E 40 orang.

 

MTQ ADDIN Changkat Cermin – 12
Lot 15900,
32400, Ayer Tawar
Perak Darul Ridzuan.

Ustaz Haizat (Pengetua) : 012 2244735
Ustaz Rafiuddin : 019 2083761

No Akaun : 08-086-010-02006-8 (BIMB) atas nama MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT ADDIN

Maybank 558293620377

FB : Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Addin 12 

 

SENARAI PENGETUA MENGIKUT TAHUN

Bil  Nama    Tarikh Berkhidmat 
1 Ustaz Muhd Haizat Bin Kamaruddin     2012-KINI