:
MTQ%20ADDIN%2002%20PARIT
Share:


 

 

NAMA MAAHAD

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN 02

TARIKH PENUBUHAN MAAHAD

01 JANUARI 2001

NAMA PEWAKAF TANAH / BANGUNAN

HJ TERMIZI

SEJARAH WAKAF TANAH

Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN 02 adalah sebuah Institusi Pendidikan Islam Swasta yang berasaskan kebajikan. Bidang hafaz Al Quran merupakan subjek teras disamping subjek-subjek pengajian Islam seperti Fiqh, Tauhid, Tafsir, Hadis dan lain-lain lagi. Subjek-subjek Akademik asas seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup turut disediakan. Maahad ini ditubuhkan pada 2001 seramai lebih kurang 25 orang dan 4 orang tenaga pengajar di atas tapak tanah yang dibeli oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Parit sebagai asrama dan menumpang di surau (merah) sebagai kelas pengajian.

Pada Awal Januari 2004, Maahad ini berpindah ke bangunan baru di alamat Batu 7 Jalan Siputeh 32800 Parit Perak. Maahad ini merupakan cawangan ke-2 kepada Maahad Tahfiz ADDIN Kg Tualang Sekah.

 

ALAMAT PENUH MAAHAD

NO 25 Jalan Siputeh 32800 Parit, Perak

TARIKH BERDAFTAR DENGAN JAIPk

03 JANUARI 2001

NOMBOR PENDAFTARAN DI BAWAH JAIPk

JAIPk/LP/PT.67/08

BILANGAN PELAJAR

55 orang pelajar tingkatan 1 sehingga tingkatan 5

PEJABAT PENTADBIRAN DAN BILANGAN KAKITANGAN

1 blok bangunan pejabat beserta 14 orang kakitangan

AKTIVITI PELAJAR

Imam harapan, rehlah, lawatan, sambutan hari raya, hari sukan, dan sambutan hari merdeka

BILANGAN BILIK DARJAH DAN  KAPASITI BILIK DARJAH

5 buah bilik darjah yang mampu memuatkan seramai 25 pelajar dalam satu masa

BILANGAN BILIK ASRAMA DAN  KAPASITI ASRAMA

2 blok asrama yang mempunyai 5 bilik. mampu memuatkan sehingga 120 orang pelaja

NO TELEFON PEJABAT

05-3775900

NO TELEFON PENGETUA

011-39030702

EMEL SEKOLAH

addin.mtq2@gmail.com

NO AKAUN SUMBANGAN MAAHAD

Bank Islam 08013010039075 Maahad Tahfiz al Quran Wal Qiraat Addin

 

Aliran Pendidikan di MTQ ADDIN Parit :

  • Pelajar lelaki sahaja
  • Dari umur 13 tahun
  • Tempoh pengajian : 3 tahun – Tahun ke-4 akan melanjutkan pengajian di Malim Nawar atau Tapah jika mencapai target 15 juzuk

Maklumat Akaun Sekolah :
Facebook
                                                : Link Facebook

 

SENARAI PENGETUA MENGIKUT TAHUN

Bil  Nama Tahun Berkhidmat 
1 Ustaz Mohd Nasir Bin Hassan   2001-2010
2 Ustaz Ku Noorazman Bin Ku Mansor   2010-2014
3 Ustaz Mior Imran Bin Mior Burhanuddin   2014-2017
4 Mohd Alwi Bin Isa  2017-Kini
5 Noorisah bt Non 2022-2023
Mohammad Fakhri b Idris   2023-kini