:
Smart%20Track


Bermula pada tahun 2016, MTQ 4 Tapah melaksanakan satu program pembelajaran yang dinamakan sebagai “Program Smart Track’.

Program “Smart Track” merupakan satu program persediaan bagi pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 sebelum menduduki peperiksaan SPM. Ianya juga merupakan program persediaan untuk para pelajar sebelum ke program Diploma Tahfiz al Quran Dan Qiraat di Lokasi Tambahan Darul Quran Jakim MTQ ADDIN Tapah.

Pengurusan Program Smart Track

—Di MTQ Tapah, terdapat tiga semester pembelajaran dalam setahun.

—Tingkatan 4 akan belajar di semester 1, 2, dan 3 manakala pelajar tingkatan 5 akan belajar di semester 4,5 dan 6.

Subjek SPM dan Dini (Agama) akan berjalan pada waktu perdana iaitu selepas halaqah al-Quran, bermula dari jam 11 pagi hingga dua petang, kecuali hari jumaat sehingga jam 12 tengahari. Disamping itu pelajar juga perlu menghadiri waktu kelas tambahan mengikut jadual yang ditetapkan setiap hari.

Terdapat tiga cabang pembelajaran  utama dalam program “Smart Track” iaitu:- 

      Pertama : SPM

  • Kedua    : Tahfiz
  • Ketiga    : Dini (Agama)

 

Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM )

SPM adalah  peperiksaan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang mewajibkan semua pelajar yang berumur 17 tahun yang bersekolah  di tingkatan 5.

Di MTQ Tapah, Setiap subjek SPM diajar mengikut silibus buku teks seperti sekolah-sekolah yang lain.

Pelajar dilatih dan dibiasakan di dalam kelas untuk menjawab soalan berformat SPM.

Selain itu, Ujian Penilaian Semester juga mengikut format soalan SPM dan mengikut topik pembelajaran yang telah dipelajari.

 

Matapelajaran SPM

—Bahasa Melayu

—Bahasa  Inggeris

—Sejarah

—Matematik

—Sains

—Bahasa Arab

—Pendidikan Syariah Islamiah

—Pendidikan al-Quran & as-Sunnah

 

Bidang Dini

—Subjek yang terdapat  dalam cabang  Dini (Agama) adalah subjek terpilih.

—Ianya  bagi membantu dan menyokong pembelajaran SPM dan Diploma.

—Subjek-subjek ini juga merupakan subjek penting  untuk dipelajari oleh seorang penghafaz al-Quran yang mempelajari bidang agama, supaya mereka dapat mempraktikkannya dalam kehidupan.

 

Matapelajaran Dini

—Qiraat: Taqribul Ma’ani

—Akhlak: Syamail Muhammadiah

—Tajwid: Syarah Tuhfatul Atfal

—Faraid: Pengenalan Ilmu Faraid

—Feqah: Terjemahan Fiqh Manhaji

—Nahu: Durus  An-nahwiah

—Sorof: Malzamah As-sarf

—Ulum hadis: Pengenalan Ulum Hadis

—Usul fiqh: Usul Fiqh Dan Qawaidul Fiqhiyyah

—Qawaid al-fiqhiyyah: Usul Fiqh Dan Qawaidul Fiqhiyyah

 

Bidang Tahfiz

—Unit al-Quran telah menyusun satu modul  hafalan dan murajaah (pengulangan) untuk diguna pakai oleh pelajar smart track.

—Modul ini disusun bagi melahirkan pelajar  yang berkualiti dari sudut hafalan al-Quran,  bacaan & ingatan.

—Ia juga bagi mengekalkan kualiti hafalan dan meningkatkan tahap  pengulangan pelajar  ketahap yang lebih baik dari semasa ke semasa.

 

Takwim Program Smart Track 2019

 

Bil

Aktiviti -aktiviti

Bulan (2019)

1.

Pemberian  Buku Teks

Januari

2.

-Pengumuman Keputusan SPM 2018

-Pendaftaran calon baru SPM 2019

Mac

3.

Ujian Lisan SPM 2019

Julai

4.

Bermula Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM 2019 untuk semua subjek SPM.

April - November

5.

Kem Motivasi dan Ceramah Motivasi SPM

Awal Ogos

6.

Peperiksaan Percubaan SPM 2019

Awal September

7.

Kelas Tambahan Harian bagi setiap subjek SPM 2019  (Wajib)

Mac - Oktober

8.

Program Pecutan SPM 2019

Awal Oktober( cadangan)

9.

Peperiksaan SPM 2019

November -Disember

10.

Peperiksaan Semester (Ujian Penilaian  bagi setiap semester) dan peperiksaan dini (agama) bagi setiap semester.

April, Ogos dan Disember

11.

Pemulangan buku teks

Hujung November dan pertengahan Disember.