:
Sejarah%20Penubuhan%20PERMAD


 
 
Penubuhan Persatuan Mahasiswa ADDIN (PERMAD) bermula pada tahun 2017 apabila kemasukan pelajar baru bagi sesi tahun 2017/2020 mendapat sambutan yang menggalakkan. Hal ini kerana bilangan pelajar diploma sebelum itu adalah sedikit iaitu seramai tujuh orang sahaja. Oleh itu, hasrat untuk menubuhkan persatuan ini tergendala seketika disebabkan kesulitan yang dialami.
 
Sebagai permulaan, Persatuan Mahasiswa ADDIN (PERMAD) ditubuhkan sebagai salah satu persatuan yang menjaga kebajikan setiap pelajarnya dari segi rohani dan jasmani mereka. Dengan penubuhan tersebut, maka kebajikan setiap pelajar diploma di Institusi Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 4 Tapah terjaga dan terjamin keseluruhannya.
 
Persatuan ini ditubuhkan atas dorongan dan sokongan daripada Al-Fadhil Ustaz Mohd Fazali Bin Abdul Manas merangkap pengarah MTQ ADDIN 4 Tapah. Beliau adalah salah seorang yang banyak membantu dalam proses dan usaha penubuhan persatuan ini.
 

-PERMAD Sesi 2020

 

Kemudian,setelah hampir setahun PERMAD sesi 2019 menjalankan tugas mereka.Kini tiba masanya mereka meletakkan jawatan untuk menggantikan pimpinan yang baru.Pada pimpinan sesi yang seterusnya iaitu sesi 2020,terdapat sebelas orang pelajar sahaja yang telah dilantik iaitu sebanyak enam orang banin dan empat orang banat.Pimpinan pada sesi 2020 ini telah diketuai oleh saudara Adib Azhan selaku Yang Dipertua PERMAD.Semua jawatan exco pada sesi kali ini hanya mempunyai satu sahaja kerusi,tidak seperti pimpinan sesi sebelum ini yang mempunyai dua kerusi untuk setiap exco.Hal ini kerana bilangan pelajar diploma pada sesi 2018/2021 pada ketika itu tidak mempunyai bilangan pelajar yang ramai.

 

Namun begitu,aktiviti dan program PERMAD pada sesi tersebut masih berjalan dengan lancar dan baik,walaupon tidak ramai pimpinan PERMAD.Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan ialah,program bacaan kitab,Ceramah Maulidur Rasul secara atas talian,program motivasi pelajar yang disampaikan oleh Ustaz Adnin,dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik.

 

 

-PERMAD sesi 2021

 

Pada sesi kali ini pula,iaitu sesi 2021,Pimpinan PERMAD telah dipimpin sebanyak sepuluh orang pelajar,iaitu enam pelajar banin dan empat pelajar banat.Pimpinan tersebut telah diketuai oleh Saudara Muhammad Haafiz selaku Yang Dipertua PERMAD.Manakala,guru penasihat untuk Persatuan PERMAD pada sesi kali ini ialah Ustaz Hazrul,Ustaz Muntazir,dan juga Ustaz Ramadan.

 

Pimpinan pada kali ini mungkin dilihat agak mencabar untuk melaksanakan sesuatu program kerana segala aktiviti dan program terpaksa dijalankan secara atas talian akibat wabak virus Covid-19.Namun begitu,halangan tersebut tidak menghalang PERMAD untuk terus maju jaya dalam melaksanakan pelbagai program.Antara program yang berjaya dijalankan ketika Covid-19 ini ialah Ceramah Quran Hour,liqa bulanan,program perkongsian amalan sunnah mingguan,dan pelbagai lagi program yang menarik.