:
Profil%20Ringkas


Lokasi Maahad Tahfiz al-Qur’an wal-Qiraat ADDIN-4 ini di Kampung Jalan Kachu, 35000 Tapah, Perak.

No. Telefon/Fax: 05-401 8199, Email: mtq4tapah@gmail.com,

Facebook: Maahad Tahfiz al-Qur’an wal-Qiraat ADDIN-4, Blog: mtq4tapah.blogspot.com,

Maahad ini ditubuhkan pada tahun 2002 dan merupakan cawangan yang keempat kepada Maahad Tahfiz al-Qur’an wal-Qiraat ADDIN Kg. Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak.

Maahad ini didaftarkan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Perak dengan nombor pendaftarannya iaitu:-  JAIPk/TAHFIZ/BP.53/09.

Pada Disember 2014, Yayasan Pendidikan Maahad Tahfiz al Quran wal Qiraat ADDIN Perak ( Yayasan ADDIN ) mengorak langkah maju kedepan dengan memeterai perjanjian persefahaman dengan Darul Quran JAKIM yang menawarkan tempat kepada pelajar yang berkelayakan dan berminat menghafaz al Quran pada peringkat Diploma Tahfiz Dan Qiraat.

 

Manakala pengambilan pelajar kumpulan pertama program Diploma ini bermula pada mei 2015 seramai 3 orang pelajar.

 

 Carta Organisasi Pentadbiran Bagi Tahun 2020