Yayasan ADDIN meterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP)

2 Julai 2019 – Yayasan ADDIN hari ini telah melakar sejarah dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP)

Kerjasama Yayasan ADDIN bersama KPB ini merangkumi penempatan pelajar KBP di Yayasan ADDIN,

Majlis menandatangani memorandum persefahaman ini telah disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama).

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa dalam ucapannya berharap agar Memorandum Persefahaman yang dimeterai oleh semua pihak pada hari ini akan menjadi satu ‘milestone’ sebagai penanda kepada permulaan satu usahasama yang akan membuahkan hasil dan memberi manfaat kepada masyarakat khususnya dan negara amnya.

Turut hadir meyaksikan MoU ini adalah YBhg. Profesor Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan,Tokoh Akademik Negara, YBhg. Dato Haji Razali bin Haji Shahabuddin, Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP), dan YBhg. Datuk Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.