Wakaf Pembangunan




MUQADDIMAH

Firman Allah dalam  Surah Al-Baqarah  ayat 261-262 mahfhumnya:

261.”Bandingan (perbelanjaan – derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah amat luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuaNya”

262.”Orang – orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-membangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi tuhan mereka , dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.”

(Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran 30 juzuk: Terbitan Darul Fikir Cetakan yang ke 15-1998)

  1. Tabung Pembangunan  MTQ ADDIN ini bertujuan  :
  • Membayar harga premium tanah dan lain-lain bayaran ke atas tanah kurniaan Kerajaan
  • Membina dan menyiapkan bangunan kelas, asrama dan dewan makan MTQ ADDIN.
  • Membaiki kerosakan bangunan dan kemudahan pembelajaran tahfiz.
  • Membeli dan menyiapkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
  1. Tabung Pembangunan MTQ ini  diuruskan oleh 3 orang  Ahli Jawatankuasa pengurusan MTQ yang  di daftarkan kepada JAIPK menurut  seksyen 11 Enakmen kawalan sekolah – sekolah Agama Islam 1996:

3.1 Dato’ Syeikh Mohamah Nor  B. Mansor al-Hafiz (Pengerusi)

3.2 Tuan Hj Abdullah B. Mat Hashim  (Timb. Pengerusi)

3.3 Tuan Hj Mohd Sabri Bin Nordin  (Setiausaha)

  1. Oleh demikian kami menyeru Yang  Berbahagia tuan/puan agar menyahut seruan MTQ ini dengan Menyumbangkan sebahagian harta sebagai  SEDEKAH JARIAH .
  2. Sumbangan hendaklah diatas nama “TABUNG PEMBANGUNAN MTQ” kemudian hubungilah kami di alamat berikut :

URUSETIA TABUNG PEMBANGUNAN MTQ,
YAYASAN PENDIDIKAN
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN
Kompleks Pendidikan Masjid Al Aulia Taman Sin Lok,
Jalan Kuala Kansar, 30000 Ipoh Perak
Tel: 05-5060223/ Fax : 05-5060017

E-mail : jpmaddin@yahoo.com.my
Web :maahadtahfizaddin.edu.my

Nama Akaun  : TABUNG PEMBANGUNAN MTQ
No. Akaun      : 08-013-01-002829-0
Nama Bank    : Bank Islam Malaysia Cawangan
Jln Panglima Bukit Gantang , Ipoh.
Sabda Rasulullah s.a.w., mafhumnya:

“ Apabila mati seorang anak adam , terputusnya segala ‘amalannya kecuali tiga (kebaikan) : sedekah jariahnya (yang ikhlas) ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan (kebaikan) untuknya”.