Wakaf Kenderaan




 

MUQADDIMAH

Firman Allah dalam  Surah Al-Baqarah  ayat 261-262 mahfhumnya:

261.”Bandingan (perbelanjaan – derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah amat luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuaNya”

262.”Orang – orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-membangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi tuhan mereka , dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.”

(Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran 30 juzuk: Terbitan Darul Fikir Cetakan yang ke 15-1998)

  1. Tabung WAKAF KENDERAAN ini bertujuan  :
  • Membeli dan menyampaikan kenderaan pelbagai guna kepada MTQ ADDIN dan cawangan cawangannya.
  • Membeli dan membiayai kos penyelenggaraan kereta dan van untuk kegunaan rasmi pegawai penaziran dan pejabat penyelaras MTQ ADDIN.
  • Membeli dan menyelenggara bas untuk kegunaan pelajar dan program program MTQ ADDIN dan cawangan cawangan.
  1. Oleh demikian kami menyeru Yang  Berbahagia tuan/puan agar menyahut seruan MTQ ini dengan Menyumbangkan sebahagian harta sebagai  SEDEKAH JARIAH.
  2. Sumbangan hendaklah diatas nama “TABUNG WAKAF KENDERAAN” kemudian hubungilah kami di alamat berikut :

URUSETIA TABUNG WAKAF KENDERAAN,

YAYASAN PENDIDIKAN
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN
Kompleks Pendidikan Masjid Al Aulia Taman Sin Lok,
Jalan Kuala Kansar, 30000 Ipoh Perak
Tel: 05-5060223/ Fax : 05-5060017

E-mail : jpmaddin@yahoo.com.my
Web :maahadtahfizaddin.edu.my

Nama Akaun  : JPM ADDIN KG TUALANG SEKAH
No. Akaun      : 508047601456
Nama Bank    : Maybank Berhad

Sabda Rasulullah s.a.w., mafhumnya:
“ Apabila mati seorang anak adam , terputusnya segala ‘amalannya kecuali tiga (kebaikan) : sedekah jariahnya (yang ikhlas) ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan (kebaikan) untuknya”.