MTQ ADDIN 07 TAMBUN, IPOH

SEJARAH PENUBUHAN MTQ ADDIN 07 – TAMBUN

Maahad Tahfiz  al-Quran wal-Qiraat ADDIN 7 (MTQ ADDIN 7) adalah sebuah Institusi Pendidikan Islam Swasta dan berasrama penuh berasaskan kebajikan, memilih bidang hafazan al-Quran sebagai subjek teras. MTQ ADDIN cawangan yang ke-7 ini ditubuhkan pada Februari 2008 dan telah didaftarkan di bawah Seksyen 6 (5) Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996, No Pendaftaran JAIPk/TAHFIZ/IP.134/09 dan No Siri Sijil ialah 1092.

Pada peringkat awal operasi Maahad ini, ia diuruskan sendiri oleh Tuan Haji Hamdan bin Mohd bersama beberapa orang sukarelawan. Ketika penubuhan Maahad ini, 24 pelajar yang berdaftar dan 4 orang kakitangan sahaja. Tapak operasi Maahad ini telah diwakafkan oleh sebuah keluarga dan Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Perak. Pengerusi Maahad ketika itu ialah Dato’ Syeikh Mohamad Nor bin Mansor al-Hafiz dan kini, MTQ ADDIN 7 dikendalikan di bawah pengurusan Yayasan ADDIN.

MTQ ADDIN 7 telah berkembang pesat setiap tahun bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat dan luar Perak. Kini, Maahad ini telah memiliki infrastruktur yang sederhana lengkap dengan bangunan asrama, kelas pengajian, surau,bilik sakit pelajar, bangunan pejabat dan perpustakaan yang mampu menampung dengan jumlah pelajar seramai 80 orang dan 15 orang kakitangan Maahad.

Aliran Pendidikan di MTQ ADDIN Tambun

  • Pelajar lelaki sahaja
  • Dari umur 13 tahun
  • Tempoh pengajian : 3 tahun – Tahun ke-4 akan melanjutkan pengajian di Malim Nawar atau Tapah jika mencapai targer 15 juzuk

Alamat :

Lot.31385,Kg Baru Gunung Genting
Tambun 31400
Ipoh Perak D.R. https://goo.gl/maps/smchHcjbeVp
No Tel : 05-5477320

HUBUNGI KAMI :

KodSek.              : AZG2003
Tel.                    : +605  5477 320
E-mel                 : mtqtambun7@gmail.com
Facebook            : http://facebook.com/mtqtambun7

MAKLUMAT AKAUN SEKOLAH :
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT ADDIN 7

Bank Islam          : 08-013-010-06234-5
Bank Maybank        : 5584-6200-2297

 

 

PENGETUA MTQ ADDIN 7 MENGIKUT TAHUN   

A.F. USTAZ MOHD NURULLAH BIN DATO’ ABU BAKAR
TAHUN 2017 HINGGA KINI

A.F. USTAZ RAIS BIN ISMAIL
TAHUN 2012 HINGGA 2017

A.F. USTAZ MOHAMMAD BADRI BIN ISMAIL
TAHUN 2011 HINGGA 2012

A.F. USTAZ AHMAD AYATULRAB BIN AHMAD ROSTI
TAHUN 2008 HINGGA 2011