Tilawah dan Ujian Tahfiz Perak : Kakitangan dan Pelajar ADDIN Cemerlang dalam kategori masing masing.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu mengiringi Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah ke Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan.Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut berkenan berangkat ke majlis tersebut.

Turut berangkat Raja Muda Perak, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Binti Almarhum Sultan Idris Afifullah Shah, Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Afifullah Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Dalam majlis tersebut, seorang pelajar dan 2 orang daripada kakitangan Yayasan ADDIN telah menyertai Musabaqah tilawah dan menghafaz Al-Quran peringkat negeri Perak.Muhammad Amzar Muzakkir dari MTQ 04 ADDIN Tapah telah menjadi johan kategori 1-20 juzuk, manakala Muhammad Hanzalah merupakan seorang guru di MTQ 07 ADDIN Tambun telah mendapat tempat ke-2 1-30 juzuk.Dalam kategori Tilawah Al-Quran, Mohd Kamaruzaman Bin Daud daripada Jemaah Pengurusan Maahad Tahfiz ADDIN telah menjadi johan dan seterusnya akan mewakili negeri Perak ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 17 hingga 22 Mac 2019 di Seremban, Negeri Sembilan.