TAHNIAH DIATAS PERLANTIKAN CEO MAIPk YANG BARU

UCAPAN TAHNIAH ATAS PELANTIKAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MAJLIS AGAMA ISLAM PERAK DAN ‘ADAT MELAYU PERAK YANG BAHARU

Sukacitanya Yayasan ADDIN Mengucapkan Tahniah Atas pelantikan YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk yang baharu berkuatkuasa mulai 16 Oktober 2019. YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Penolong Setiausaha di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.

Seluruh warga Yayasan ADDIN mengucapkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk yang baharu. Semoga dengan pelantikan YBrs. Tuan Shahrul Azam Bin Shaari ini akan meneruskan legasi kecemerlangan demi mencapai visi dan misi MAIPk.