Tafsiran Logo

  • Logo ini mengambil sumber utama imej bentuk Al-Quran sebagai simbol utama. Al-Quran yang terbuka melambangkan ilmu Al-Quran yang sentiasa tersedia untuk mereka yang mendalami dan mengkajinya.

  • Bulatan berbintang yang seolah-olah bercahaya yang mempunyai tiga puluh (30) bilah yang melambangkan 30 juzuk Al-Quran yang menjadi penerang kepada kegelapan dunia.

  • Bentuk segi enam dibahagian belakang berwarna hijau melambangkan rukun iman 6 perkara yang mana salah satu darinya ialah percaya kepada Kitabullah (termasuk Al-Quran).

  • Bentuk segi berwarna kuning di bawah segi enam bermaksud kedaulatan dan kekuasaan. Para Huffaz Al-Quran sebagai pemelihara Al-Quran dan pemerintah bumi.

  • Bentuk bulan sabit berwarna hijau menjadi lambang islam yang dibangunkan dan ditadbirkan dengan kekuatan Al-Quran.

  • Slogan logo “Al-Quran itu Bijaksana” bermaksud Al-Quran Kalam Allah S.W.T Yang Maha Bijaksana. Huffaz Al-Quran ialah yang bijaksana layak sebagai khalifah bumi.

  • Secara keseluruhan bentuk logo dibulatkan membawa slogan dan nama Maahad bagi menggambarkan kebulatan (komitmen) Maahad dalam mendaulatkan Al-Quran sebagai sumber utama insan dalam pembangunan material dan rohani.

KONGSI
Artikel SebelumnyaObjektif